JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI MINGGU KE-11 (13 MAC 2017)

Perhimpunan pada pagi ini dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu 'Lagu Negaraku', Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan ketua guru bertugas mingguan iaitu Puan Noraziah binti Ali. Beliau memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini. Tema pada minggu ini adalah “Kenali budaya Malaysia : Adab makan”. 


Guru bertugas pada minggu ini:
1. Pn. Noraziah binti Ali
2. Ustazah Rahayu binti Ghani
3. Ustazah Nor Aisyah binti Zulkifli
4. Pn. Wan Marhaini binti Wan Muhammad
5. Pn. Siti Nora binti Mohamed Ahyar
6. Pn. Noraslinda binti Ahmad
7. En. Mohd Suhaidi bin Md Sabar

Ucapan Guru Bertugas

Guru bertugas mengulas tentang adab-adab sebelum, semasa dan selepas makan dan minum kepada murid-murid.

Adab sebelum makan dan minum
1. Cuci tangan
2. Makan makanan yang berkhasiat dan baik

Adab semasa makan dan minum
1. Duduk semasa makan
2. Baca doa sebelum makan
3. Makan menggunakan tangan kanan
4. Makan dengan tertib dan tidak gelojoh
5. Tidak bercakap semasa makan

Adab selepas makan dan minum
1. Baca doa selepas makan
2. Membersihkan tempat makan
3. Cuci tangan dan pinggan serta cawan selepas digunakan
4. Bersyukur



   Guru bertugas sedang menyampaikan ucapan


Penyampaian Token untuk Kelas Terbersih Minggu ke-10

Keputusan kelas terbersih:

Tahun 4 : 4 UPM
Tahun 5 : 5 UUM
Tahun 6 : 6 UUM


 Penyampaian token untuk kelas terbersih
                                         
    Penyampaian token untuk kelas terbersih

    Penyampaian token untuk kelas terbersih


Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Poster Sempena Minggu PPDa


    Para pemenang pertandingan melukis poster


  Para pemenang pertandingan melukis poster

Penyampaian Hadiah bagi Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Daerah Sepang 2017

SK Taman Putra Perdana 2 telah mengambil bahagian dalam  Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Daerah Sepang 2017. Para peserta telah memenangi tempat ke-3 bagi kategori Tilawah Lelaki dan tempat ke-3 bagi kategori Hafazan Lelaki. Tahniah diucapkan kepada semua peserta, jurulatih dan guru pengiring.




Ucapan Guru Pengawas

Wakil guru Jawatankuasa Pengawas Sekolah telah menyampaikan ucapan. Beliau mengingatkan tentang adab semasa menyanyikan lagu-lagu rasmi semasa perhimpunan. Selain itu, murid-murid diingatkan tentang pemakaian uniform sekolah yang lengkap. Seterusnya, murid-murid dilarang untuk berjual beli di sekolah.


  Guru pengawas sedang menyampaikan ucapan


Persembahan Choral Speaking dan Bercerita Bahasa Melayu 


Persembahan bercerita Bahasa Melayu

   Persembahan Choral Speaking


Penyampaian Hadiah Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Sepang

SK Taman Putra Perdana 2 telah menjadi johan bagi Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Sepang 2017. Tahniah diucapkan kepada semua peserta, jurulatih dan guru pengiring.




Penyampaian Hadiah bagi Pemenang Kejohana Balapan dan Padang MSSD Sepang

SK Taman Putra Perdana 2 telah mengambil bahagian di dalam kejohanan yang telah diadakan pada 7-10 Mac 2017 di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Para atlet SK Taman Putra Perdana 2 telah memenangi pingat bagi beberapa acara seperti berikut:

Emas :
1. Lompat jauh P5
2. 4X200m P5

Gangsa :
1. Lontar peluru L5
2. Lontar peluru P5
                                                            





Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum

Pk Kokurikulum mengucapkan tahniah kepada semua pemenang bagi semua acara yang telah dijalankan di peringkat sekolah dan daerah. Selain itu, murid-murid diingatkansupaya sentiasa menghormati guru-guru, warga sekolah serta rakan-rakan. Mereka juga diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan semasa di sekolah.


   PK Kokurikulum sedang menyampaian ucapan

Disediakan oleh;

Noraziah binti Ali

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts