JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SESI 2017

Pada 6 Mac 2017, telah berlangsung Majlis Watikah Pelantikan ahli Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) bagi sesi 2017. Seramai 48 orang murid telah dipilih untuk menjadi ahli kelab ini yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. 

Objektif penubuhan kelab ini adalah untuk :

1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.
3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.
5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.


Majlis dimulai dengan ucapan Pengacara Majlis. Pn. Norshahiza memberi penerangan ringkas tentang Kelab Pencegahan Jenayah. Seterusnya ahli-ahli KPJ menerima Watikah Pelantikan daripada Guru Besar. Semua ahli KPJ membaca ikrar seterusnya menyanyikan lagu "Mari Cegah Jenayah". Akhir sekali, ucapan daripada Guru Besar mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli KPJ yang dilantik dan diharap semua ahli KPJ dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

Pn. Norshahiza binti Razali selaku Pengacara Majlis
Murid menerima Watikah Pelantikan daripada Guru Besar
Murid menerima Watikah Pelantikan daripada Guru Besar
Bacaan ikrar KPJ diketuai oleh adik Danish Hafizi
Nyanyian lagu "Mari Cegah Jenayah" oleh ahli KPJ
Guru Besar sedang menyampaikan ucapan
Ahli KPJ bergambar kenangan bersama barisan pentadbir

Moto KPJ : " Mencegah lebih baik daripada memerangi"


Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts