JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE-36 (SESI PAGI)

Minggu 36
(02 Oktober 2017 - 06 Oktober 2017)

Pada 2hb. Oktober 2017 bersamaan dengan hari Isnin seperti biasa telah dijalankan perhimpunan rasmi SK Taman Putra Perdana 2.  Tepat jam 7.25 pagi, semua murid telah berhimpun di dataran perhimpunan sebagai persediaan sebelum perhimpunan rasmi dimulakan.






Tepat jam 7.35 pagi, perhimpunan rasmi Isnin dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.  Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil murid.


UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
Agenda seterusnya ialah Ucapan Guru Bertugas Mingguan, iaitu Puan Lee Sau Mei.  Beliau telah memaklumkan kepada murid-murid akan guru-guru yang bertugas sepanjang minggu 36 ini, iaitu:

1. Puan Norizan
2. Puan Mazilah
3. Puan Faiza Fitra
4. Puan Mahaletchumy
5. Puan Lee Sau Mei
6. Encik Zawadi
7. Ustaz Rosmadi
8. Encik Suhaidi
9. Encik Fakhrurrazi

Murid-murid dimaklumkan bahawa sekiranya menghadapi masalah, maka boleh berjumpa dengan guru-guru yang telah dinyatakan. 

Ucapan guru bertugas mingguan diteruskan dengan penjelasan tema minggu 36, iaitu Makanan Tradisional Masyarakat di Malaysia.  Murid-murid dijelaskan dengan makanan bagi setiap kaum utama yang ada di Malaysia, iaitu Melayu Cina dan India.  Melayu dengan masakan asam pedasnya, Cina dengan Dim Sum dan India dengan capati.


UCAPAN USTAZ ROSMADI

Agenda diteruskan dengan ucapan daripada Ustaz Rosmadi.  Beliau mengumumkan 10 pemenang bagi The Frogplay Championship yang telah dijalankan.  Daripada 10 pemenang, dua daripadanya dari sesi petang dan yang selebihnya dari sesi pagi.



UCAPAN GURU DISIPLIN

Agenda diteruskan dengan ucapan guru disiplin, iaitu Ustaz Mohd. Razis.  Beliau memulakan ucapan dengan menyampaikan hadiah kepada pemain hoki lelaki yang menyertai Kejohanan Hoki 2017 baru-baru ini.


Seterusnya, beliau menjemput pemain-pemain hoki perempuan yang berjaya merangkul Naib Johan dalam kejohanan yang sama.  Pemain hoki perempuan tewas dengan pukulan penalti.



Selesai penyampaian hadiah, Ustaz Razis menyambung ucapannya dengan memberi penekanan dalam hal disiplin, terutamanya kepada murid Tahun 6 yang telah tamat menjalani UPSR supaya menjaga disiplin sepanjang berada di sekolah.  




UCAPAN PUAN ALIZA

Ucapan Ustaz Razis disambung oleh Cikgu Aliza berkenaan dengan masalah disiplin murid tahun 6 berkenaan dengan isu membawa telefon bimbit ke sekolah.



UCAPAN TUAN GURU BESAR

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan tuan guru besar, Encik Zanuddin bin Sanuan.  Beliau memperkenalkan kepada warga sekolah Penolong Kanan Pentadbiran yang baharu, iaitu Puan Zulastri binti Mohd. Zahidi.

Guru besar turut menegaskan kepada murid-murid supaya menjaga disiplin dengan sebaik mungkin supaya murid tidak dikenakan hukuman yang tidak sepatutnya seperti digantung atau dibuang sekolah.




UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN BAHARU

Majlis perhimpunan diakhiri dengan ucapan daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang baharu, iaitu Puan Zulastri binti Mohd. Zahidi.  Beliau memperkenalkan diri dan memaklumkan kepada murid-murid khususnya bahawa beliau juga tinggal di dalam komuniti Taman Putra Perdana dan mengharapkan agar murid-murid senantiasa menjaga disiplin dan etika sepanjang berada di sekolah.



MURID PULANG KE KELAS

Murid-murid diminta kembali ke kelas masing-masing dalam keadaan senyap dan berbaris mengikut tangga yang telah ditetapkan.


~ LAPORAN TAMAT ~
















Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts