Laporan Tugasan Minggu Ke-36 (Sesi Petang)

Minggu 36

(02 – 06 Oktober 2017)


Perhimpunan rasmi pada hari Isnin, 2 Oktober 2017 dijalankan seperti biasa, dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Aku Negaraku. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukunegara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.




UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

Pada minggu ini, wakil guru bertugas ialah Cikgu Ernee Yusniza Binti Karim. Guru bertugas mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah. Guru bertugas menyampaikan ucapan berkaitan tajuk Perhimpunan Minggu ke 36 iaitu “Kekemasan Diri”. Murid diingatkan untuk sentiasa memakai pakaian dengan kemas dan bersih sepanjang berada di sekolah. Guru bertugas turut membaca senarai guru-guru bertugas iaitu:

1.       Puan Ernee Yusniza Karim (ketua)
2.       Puan Siti Noor Baizura
3.       Puan Nor Atiqah Nasarudin
4.       Puan Nurul Marshida Mohamad
5.       Puan Mufidah Zafirah
6.       En. Mohd Sazali Abd Rani

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA “FROGPLAY CHAMPIONSHIP”

Majlis kemudian diteruskan dengan pengumuman pemenang kepada acara “Frogplay Championship” oleh Ustaz Hafidzuddin Bin Yahya. Hadiah disampaikan oleh PK Petang, Puan Fauziah Salehoddin.





UCAPAN PK PETANG (PUAN FAUZIAH BINTI SALEHODDIN)

Puan Fauziah mengingatkan murid tentang disiplin murid terutamanya menghormati guru yang berucap di hadapan setiap majlis. Beliau juga mengingatkan murid mengenai Pentaksiran Sumatif 3 Tahun 2017 yang akan diadakan pada 23 Oktober 2017. Murid diminta membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

PENUTUP

Dengan berakhirnya ucapan daripada PK Petang, maka berakhirlah perhimpunan pada petang tersebut. Murid-murid diarahkan beratur dalam barisan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.


~Laporan Tamat~

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG * PERCUBAAN UPSR 6-9 OGOS 2018

TV SKTPP2

Total Pageviews

PAUTAN GURU

 
  
  
 

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

Recent Posts