LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-37 (SESI PAGI)


Minggu 37
( 09 Oktober 2017 - 13 Oktober 2017 )


         Perhimpunan rasmi Isnin, 09 Oktober 2017 dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.

UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

Ketua guru bertugas, Puan Nurhidayahni Jasni mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah setiap hari serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Berikut merupakan guru yang bertugas:

1. EN. MOHD FIKRI BIN MAT ARIT
2. EN. MOHD NORIZI BIN MOHAMED
3. PN. NORSHAHIZA BINTI RAZALI
4. PN. ALIZA BINTI AHAD
5. PN. SITI RAUDAH BINTI HAMID
6. CIK FATIN  (GURU GANTI PN. NADRAH BINTI AB SATAR YANG CUTI BERSALIN)

Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi masalah di sekolah.

Guru bertugas menyampaikan ucapan berkaitan adat resam dan perayaan bagi 3 kaum utama di Malaysia iaitu:

1. kaum Melayu menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi meraikan kemenangan setelah 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan,
2. kuam Cina menyambut Tahun Baru Cina yang kebiasaanya di sambut pada akhir bulan Januari atau awal bulan Februari mengikut kalendar Cina, dan
3. kaum India, menyambut Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya.

Inline image
Guru bertugas menyampaikan ucapan.

Seterusnya, Pn. Nurhidayahni menyampaikan beberapa makluman kepada murid-murid:
1. cuti sempena Deepavali bermula pada 14 Oktober 2017 - 22 Oktober 2017, dan
2. Peperiksaan Sumatif 3 akan dijalankan mulai 23 Oktober 2017 (Tahun 4) dan 25 Oktober 2017 (Tahun 5 & 6). Jadual akan diedarkan pada hari ini.

UCAPAN PENOLONG KANAN KURIKULUM

Pn. Zulastri binti Mohd Zahidi memberikan ucapan dan ingatan tentang beberapa perkara penting yang mesti dipatuhi oleh setiap murid. Antaranya ialah;
1. cuti sempena Deepavali bermula pada 14 Oktober 2017 - 22 Oktober 2017,
2. ulangkaji pelajaran walaupun semasa cuti sekolah memandangkan peperiksaan akan bermula sebaik sahaja cuti berakhir, dan 
3. sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri semasa bercuti.

Inline image
Pn. Zulastri menyampaikan ucapan.

Perhimpunan berakhir pada jam 8.00 pagi.

Disediakan oleh,
Nurhidayahni Jasni
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG * PERCUBAAN UPSR 6-9 OGOS 2018

TV SKTPP2

Total Pageviews

PAUTAN GURU

 
  
  
 

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

Recent Posts