JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 6 (SESI PETANG)

Perhimpunan rasmi Isnin, 05 Februari 2018 bagi sesi petang dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. 

Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.

A.   UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN
Ketua guru bertugas, Puan Nor Anis binti Suhaimi mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas adalah :

1.       PN. NOR ANIS BINTI SUHAIMI
2.       PN. RASINA BINTI HJ. YAACOB
3.       PN. NURUL MARSHIDA BINTI MOHAMAD
4.       PN. ERNEE YUSNIZA BINTI KARIM
5.       EN. MOHD. YAMIN ASWAT BIN JAAFAR
6.       EN. YUSOFF BIN ALI ISMAIL

Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi sebarang masalah.

Antara pesanan dan teguran yang telah disampai oleh ketua guru bertugas adalah:

a) Etika ketika menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah, dan lagu Aku Negaraku.

Murid - murid didapati sangat menghayati lagu - lagu tersebut, sehingga mereka menari - nari dan bergerak. Guru mengingatkan bahawa lagu - lagu tersebut adalah lagu rasmi, dan murid - murid perlu mematuhi etika menyanyikan lagu rasmi iaitu berdiri tegak.

b) Murid yang tidak sihat tidak perlu datang ke sekolah.

Murid - murid diingatkan untuk menjaga kesihatan dan berehat di rumah sekiranya tidak sihat seperti demam, sakit perut dan sebagainya. Ini kerana kemudahan katil untuk murid sakit adalah terhad dan dikhuatiri murid - murid yang sakit tidak selesa sementara menunggu waktu persekoahan berakhir.

B.   PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN 2018

Seterusnya, Puan Nor Anis juga selaku Naib Setiausaha JK Kebersihan dan Keceriaan Unit HEM menerangkan tentang Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 2018. Semoga pertandingan ini dapat memupuk cinta kepada kebersihan dalam kalangan pelajar dan saling membantu dalam menceriakan kelas. Puan Nor Anis juga mengingatkan murid agar membalas jasa guru yang berusaha menceriakan kelas dengan sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan kelas.

C.   UCAPAN GURU DISIPLIN

Seterusnya, En. Mohd. Kamarulizam bin Ngah selaku guru disiplin memberi sedikit taklimat disiplin kepada murid. Antara isi - isi penting yang disampaikan adalah:

a) Murid - murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa waktu rehat.
b) Murid - murid tidak dibenarkan membawa gunting yang bermuncung tajam ke sekolah untuk mengelakkan kecederaan di dalam kelas.
c) Murid - murid dinasihatkan untuk menjaga kebersihan kelas dan juga tandas. 

Setelah itu, murid - murid mula disuraikan dan bergerak ke dalam barisan di koridor.
Perhimpunan berakhir pada jam 6.40 petang.








Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts