LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE 10 [ SESI PETANG ]


Perhimpunan rasmi telah diadakan pada hari Rabu , 7 Mac 2018 disebabkan oleh cuaca hujan pada petang Isnin dan Selasa.

Perhimpunan  dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. 
                                       
Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.

A.   UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN

Ketua guru bertugas, Pn Mazliyana Amalina binti Mazlin mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas ialah :

1.       PN MAZLIYANA AMALINA BINTI MAZLIN

2.       PN SAERAH BINTI RAJELI
3.       PN RASLINDA BINTI HASSAN
4.       PN SUWAIBAH BINTI ABD RAZAK

5.       EN AHMAD RIDZUAN BIN ISMAIL
6.       EN SALMIZI BIN SALIM



Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi sebarang masalah.


Antara pesanan dan teguran yang telah disampai oleh ketua guru bertugas adalah:
a) Murid yang tidak sihat tidak perlu datang ke sekolah.

Murid - murid diingatkan untuk menjaga kesihatan dan berehat di rumah sekiranya tidak sihat seperti demam, sakit perut dan sebagainya. 

b) Tajuk Minggu 10 - Adab Berinteraksi
Murid-murid mendengar ucapan guru tentang adab berinteraksi dengan guru, rakan, dan ibu bapa. Murid diingatkan supaya menggunakan bahasa yang sopan dan bercakap dalam nada yang rendah dengan guru, ibu bapa dan orang yang lebih dewasa.

B.   ANUGERAH KELAS TEBERSIH 
Pn Fauziah Binti Salehoddin menyampaikan bintang (token) bagi kelas tebersih untuk Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.

Tahun 1 : 1 USM
Tahun 2 : 2 UUM
Tahun 3 : 3 UKM

C.   MAJLIS PERASMIAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH dan VLE FROG
Pn Faziha memberi ucapan tentang program nilam. 

En Yamin Aswat memberi ucapan tentang VLE FROG.


Persembahan nyanyian Lagu Nilam oleh murid Tahun 3.


Ucapan Perasmian Oleh Penolong Kanan Petang , Pn Fauziah Binti Salehoddin.




Gimik Pelancaran





5 Minit Membaca

Murid dan guru mengambil masa 5 minit membaca buku di dataran perhimpunan.








Setelah itu, murid - murid mula bergerak dan bersedia untuk pulang ke rumah.
Perhimpunan berakhir pada jam 6.40 petang.

Share:

No comments:

PENDAFTARAN TAHUN 1

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG * PENTAKSIRAN SUMATIF 1 12-16 MAC 2018

Total Pageviews

PAUTAN GURU

 
  
  
 

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

Recent Posts