JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-3 (SESI PETANG)

Pada 14 Januari telah diadakan perhimpunan utk minggu ke-3 bagi sesi petang. Perhimpunan dimulai dengan empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.

Perhimpunan kemudian diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah yang diketuai oleh pengawas sekolah.

Ketua guru bertugas, Pn. Nor Atiqah memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini:

1. Pn.Nor Atiqah
2. En.Ezol Fitri
3. Pn.Nurul Marshida
4. Pn.Yuszainismar
5. Pn.Juslinda
6. En.Sharizam
7. Ustaz Shafie

Jika terdapat sebarang masalah, murid-murid boleh merujuk kepada guru-guru yang bertugas pada minggu ini.

Tema pada minggu ini ialah peraturan. Murid diingatkan beberapa perkara tentang peraturan sekolah.
Antaranya ialah:

1. Murid dilarang untuk keluar semula dari kawasan sekolah setelah masuk di dalam kawasan sekolah kerana didapati ramai murid yang keluar semula untuk membeli makanan dan minuman di luar.

2.Murid-murid hendaklah meminta izin dari guru  jika hendak keluar kelas sama ada ke tandas atau ke surau. Selepas itu,mereka hendaklah terus pulang semula ke kelas dan tidak melencong ke tempat lain.

3.Murid-murid diingatkan supaya beratur semasa membeli makanan semasa waktu rehat.

4.Sebelum pulang,murid-murid hendaklah beratur dahulu dan berada di dalam barisan kelas masing-masing semasa pulang. Murid-murid juga diingatkan untuk tidak bertolak-tolak dan mengikut tangga yang ditetapkan untuk setiap tahun.

Seterusnya,Guru Penolong Kanan Petang, Pn.Fauziah binti Solehuddin memaklumkan mengenai rombakan kelas yang berlaku pada Jumaat lepas. Rombakan itu dibuat untuk menyamaratakan bilangan murid di dalam setiap kelas dan bukannya kerana ada dasar pilih kasih dan sebagainya.

Dengan berlakunya rombakan ini diharap murid-murid dapat belajar di dalam keadaan yang lebih selesa, gembira dan kondusif.

Perhimpunan bersurai pada pukul 6.40 petang.











Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts