JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-2 (SESI PAGI)




Pada 7hb. Januari 2019 bersamaan hari Isnin, SK Taman Putra Perdana 2 telah melaksanakan perhimpunan rasmi.  Majlis perhimpunan bermula pada jam 7.35 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.  Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz ikrar Rukun Negara dan ikrar sekolah yang diketuai oleh wakil murid.



Majlis perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas mingguan, iaitu Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin bin Senin yang mana beliau memaklumkan kepada murid-murid akan barisan guru yang bertugas sepanjang minggu berkenaan, iaitu:

1. Cikgu Fakhrurrazi
2. Cikgu Noorhisham
3. Cikgu Shahrulniza
4. Cikgu Aliza
5. Cikgu Faiza
6. Cikgu Nurleen
7. Cikgu Jagjer





Majlis diteruskan lagi dengan Manifesto Calon-calon Ketua Pengawas Tahun 2019 dan majlis ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd. Fikri bin Mat Arit selaku Guru Pengawas Tahun 2019.  Seramai 11 orang calon telah menyampaikan manifesto mereka dengan penuh semangat dan berwibawa.



Majlis beranjak maju dengan ucapan daripada Encik Zanuddin bin Sanuan, Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2.  Beliau menyampaikan amanat kepada murid-murid Tahun 4 agar boleh mengadaptasi dengan sesi pagi yang lain daripada sesi petang.  Untuk murid Tahun 5, peringatan diberi agar tidak leka dalam pembelajaran dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan besar pada tahun 2020.  Akhirnya untuk murid Tahun 6 agar senantiasa fokus dan seronok untuk datang ke sekolah dan menimba ilmu.


Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts