JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAJLIS KHATAM AL QURAN & SUMBANGAN AIDILFITRI

 PROGRAM MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN SUMBANGAN AIDILFITRI

TARIKH: 5 APRIL 2024

MASA: 2.30 PETANG - 5.30 PRTANG

TEMPAT: DEWAN TERBUKA SKTPP2

PENGLIBATAN: SEMUA WARGA SEKOLAH BERAGAMA ISLAM




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Pada 5 April 2024 bersamaan 25 Ramadan 1445H yang lalu, satu program yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam iaitu Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Ramadan. Program ini telah berlangsung di dewan terbuka dan melibatkan murid-murid sesi petang. Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Zakee bin Abdullah Zawawi. Seterusnya  majlis diteruskan dengan ucapan daripada Penolong Kanan Petang, Ustaz Md Noor bin Billak.

 Majlis beranjak maju dengan penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada murid-murid kurang berkemampuan dan anak yatim sekolah hasil daripada kutipan derma seluruh warga sekolah sepanjang bulan Ramadan. Semoga sumbangan ini dapat memberikan sedikit keceriaan kepada murid-murid berkenaan.

 Atur cara majlis diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Mazwan bin Muhammad bersama dengan 20 orang murid. Khalifah khatam dan murid-murid mengalunkan bacaan Selepas itu, penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Penolong Kanan Petang, Ustaz Md Noor bin Billak kepada khalifah khatam dan murid-murid khatam Al-Quran.

 Majlis bertambah meriah apabila guru dan murid dipertontonkan dengan persembahan nyanyian berkumpulan daripada murid-murid tahun 2 dan 3. Majlis ini dengan jayanya berakhir tepat jam 5.20 petang.

 Sekian, terima kasih.



Lensa sekitar program :







 











Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts