JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI (MINGGU KE-5/ 15 APRIL 2024)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Guru bertugas pada minggu ini :-

1. Zuraini binti Ismail

2. W.M Lutfi bin Sazali

3. Siti Mushrifah binti Ahmad Kamal

4. Noraziah binti Ali

5. Nor Sa'adah binti Sabidin

6. Ust. Rosmadi bin Manaf


Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu :-

1. Lagu Negaraku

2. Lagu Negeri Selangor

3. Lagu Sekolah


Lafaz ikrar dan bacaan doa oleh pengawas bertugas.


Ucapan guru bertugas

Tema : Bertanggungjawab - Pengurusan Masa

Cikgu Zuraini selaku ketua guru bertugas memperkenalkan dan  menerangkan tentang maksud pengurusan masa. Setiap murid hendaklah menguruskan masa dengan sebaik-baiknya  agar dapat menjadi murid yang lebih cemerlang dalam bidang akademik. Murid juga digalakkan untuk menyediakan jadual persendirian  dan menepati masa jadual yang telah ditetapkan oleh sekolah.


Ketua Guru Bertugas Mingguan menyampaikan ucapan.


Laporan / Ucapan guru Disiplin / Guru BNK

Cikgu Dania mengingatkan semua murid tentang peraturan sekolah memandangkan cuti selama seminggu, antaranya ialah semua murid perlu datang  ke sekolah lebih awal sebelum pukul 7.30 pagi. Murid -murid juga diingatkan supaya membelanjakan duit raya dengan lebih berhemah dan bermanfaat.


Guru Kaunseling menyampaikan taklimat peraturan sekolah

Lain-lain

Guru Besar melancarkan Program Kebersihan dan Keceriaaan Kelas bermula  Mac 2024 sehingga Januari 2025. Pertandingan ini dinilai secara berterusan. Oleh yang demikian semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kecerian kelas masing-masing.


Guru Besar melancarkan Program Kebersihan dan Kecerian Kelas


Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan

Guru Besar mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga SKTPP2. Beliau juga mengingatkan kepada semua murid supaya tidak menggunakan duit raya untuk membeli mercun .

Guru Besar juga mengingatkan semua murid supaya membuat ulangkaji memandangkan Ujian Pertengahan sesi Akademik tidak lama lagi.

Guru besar menyampaikan ucapan dan nasihat kepada semua murid.


Perhimpunan tamat tepat pada pukul 8.00 pagi.



Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts