JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PROGRAM MINGGU ADIWIRA KERJAYA 2024 (SESI PAGI)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah pada 12 September 2024 telah berakhirnya Program Minggu Adiwira Kerjaya bagi sesi 2024. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :-

  • Masterchef Cilik (Bento Sihat)
  • Career Talk
  • Diorama Kerjaya (Pekerjaan Impianku) 
  • Kuiz Kerjaya (online)
Semoga program-program ini dapat memberi motivasi dan menambah pengetahuan murid-murid berkaitan dengan pelbagai kerjaya yang sedia ada serta dapat menyiapkan diri mereka sejak berada di bangku sekolah lagi untuk menceburi bidang pekerjaan yang mereka minati bersesuaian dengan minat kerjaya masing-masing. 















Share:

PERASMIAN PROGRAM MINGGU ADIWIRA KERJAYA 2024 (SESI PAGI)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Program Minggu Adiwira Kerjaya telah dilancarkan pada hari ini (9 September 2024) bertemakan syarikat penerbangan. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Kokurikulum SKTPP2 yang akan dijalankan selama seminggu. Terdapat pelbagai aktiviti berkaitan kerjaya yang bertujuan untuk membantu murid-murid menambah pengetahuan mengenai kerjaya yang diminati serta memberi peluang untuk mereka mengenali dan memahami tentang pelbagai kerjaya yang boleh diceburi pada masa hadapan. Semoga program ini mampu menghasilkan suatu lonjakan motivasi diri untuk mencipta kejayaan dalam pembelajaran.






Share:

PROGRAM MINGGU ADIWIRA KERJAYA (SESI PETANG)

 


    Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama  Unit Kokurikulum akan mengadakan Program Minggu Adiwira Kerjaya dengan tema Syarikat Penerbangan. Program ini bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang peka terhadap  minat, bakat dan personaliti masing-masing dalam bidang kerjaya pada masa akan datang. Perasmian program ini akan diadakan pada 9 September 2024 (Isnin). Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang minggu tersebut untuk murid-murid Tahun 1 - Tahun 3. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah ceramah kerjaya, membuat penanda buku kerjaya, membuat buku skrap kerjaya, pertandingan bento dan diorama kerjaya. 



 AKTIVITI MINGGU ADIWIRA KERJAYA TAHUN 1



     AKTIVITI MINGGU ADIWIRA KERJAYA TAHUN 2



                                                    AKTIVITI MINGGU ADIWIRA KERJAYA TAHUN 3




Share:

HARI PENCEGAHAN KEBAKARAN SKTPP2

Assalamualaikum dan salam sejahtera Berikut merupakan sekitar Hari Pencegahan Kebakaran SKTPP2 Terima kasih kepada yang memberikan sokongan dalam menjayakan program ini
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 22 (SESI PETANG)

 Pada 12 Ogos 2024, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula murid-murid mula berkumpul di dataran pada 5.50 petang. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.10 petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah. Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas  Pn Siti Baizura binti Saarani. Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas sepanjang minggu  22 (12 Ogos – 16 Ogos 2024). Senarai guru bertugas adalah seperti berikut:

1. Puan Siti Baizura binti Saarani

2. Encik Azharuddin

3. Puan Rina Wati

4. Puan Suriani binti Ibrahim

5. Puan Yuzainismar binti Yusoff

Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu tersebut iaitu Hormat Menghormati – Hormati kepelbagaian Agama, budaya dan etnik. Murid memberikan sepenuh tumpuan sepanjang penerangan itu disampaikan. Murid juga dapat menjawab soalan berkenaan kepelbagaian budaya dan etnik yang dikemukakan oleh guru. Selain itu, beliau turut mengingatkan agar murid yang tidak sihat dari rumah tidak perlu hadir ke sekolah dan perlu kuarantin di rumah untuk mengelakkan dari murid menjadi pembawa virus kepada rakan-rakan yang lain di sekolah.






PENYAMPAIAN PIALA PUSINGAN DAN TOKEN UNTUK KECERIAAN KELAS

Perhimpunan diteruskan dengan penyampaian piala pusingan dan token kepada Ketua Kelas bagi Keceriaan dan Kebersihan kelas sesi minggu lepas.

Tahun 1- 1 Dedap

Tahun 2- 2 Mawar

Tahun 3- 3 Semarak




UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Encik Nor Azli Bin Zahidin, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

1. Menegaskan kepada murid tentang disipilin sekolah berkenaan ketika berada di kantin, selepas makan perlu buang sampah ke dalam tong sampah agar kantin sentiasa berada keadaan bersih.

2. Mengingatkan murid-murid agar tunggu di pondok sementara ibu dan ayah sampai ke sekolah. Dilarang untuk berkeliaran di kawasan yang lain.

3. Mengucapkan “Selamat Datang” dan memperkenalkan guru-guru praktikum kepada murid-murid.





Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

SITI BAIZURA BINTI SAARANI

Ketua Guru Bertugas Minggu 22









Share:

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI KALI KE-2 SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 TAHUN 2024

 




    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 10 Ogos 2024, bertempat di SK Taman Putra Perdana 2 telah diadakan program gotong royong kali ke-2 bagi sesi 2024. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program gotong-royong ini. Semua guru bekerjasama membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah mengikut stesen yang telah ditetapkan. Kerjasama semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

















Share:

LAPORAN HARI INTERAKSI AKADEMIK SESI 2024/2025 (SESI PETANG)

     Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada 02 Ogos 2024 (Jumaat) pada pukul 03.00 – 06.00 petang, SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Hari Interaksi Akademik bagi sesi 2024/2025. Hari Interaksi Akademik diadakan bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam usaha meningkatkan prestasi akademik dan kesejahteraan murid. Berikut merupakan gambar sepanjang Hari Interaksi Akademik 2024/2025 bagi sesi petang.











Share:

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 TAHUN 2024

 


GOTONG ROYONG MADANI 2024
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

8 JUN 2024
8 PAGI - 12 TENGAH HARI

PENGLIBATAN :
- WARGA SEKOLAH
- PIBG
- MURID TAHAP 2
- MAJLIS PERBANDARAN SEPANG



Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada 8 JUN 2024 , hari Sabtu bertempat di SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 telah diadakan program Gotong - royong Madani SKTPP2 2024. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan Gotong-royong Madani 2024 SKTPP2. Warga SKTPP2 bekerjasama dengan ibu bapa membersihkan serta menceriakan kawasan sekolah mengikut stesyen yang diberikan. Kerjasama semua amat dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih 👍




















Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts