JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAJLIS PENUTUP PERTANDINGAN MQSS DAN ILSS (DAERAH SEPANG) 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 7 Mei 2025 (Rabu), Pertandingan Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) dan Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah (ILSS) Peringkat Daerah Sepang telah berlangsung dengan jayanya. Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk kecintaan terhadap Al-Quran dan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar serta mengasah bakat mereka dalam bidang tilawah, hafazan, kalam Arabiy, dan dakwah.

Antara acara yang dipertandingkan dalam program ini ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Kalam Arabiy, dan Daíe Cilik. Setiap acara diadakan dengan penuh semangat dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Ustaz Azrul Izzat bin Azmi, Penolong Pengarah UPI Pendidikan Islam, serta Ustaz Zuril Azman, selaku ketua hakim pertandingan. Kehadiran mereka menyerikan lagi majlis dan memberi dorongan kepada para peserta.

Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang atas kejayaan yang diperoleh. Semoga kejayaan ini menjadi motivasi untuk terus berusaha dan cemerlang pada masa akan datang.

Semoga pertandingan ini dapat mencapai objektifnya iaitu memupuk kecintaan terhadap Al-Quran, meningkatkan kemahiran bahasa Arab serta melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia. Pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. 

                                       

                                       

                                        

                             

                                         

                                         

                                         

                                         

                                         

                                        





































Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts