JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Mesyuarat Agung Kali ke - 3

PIBG SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke - 3 seperti di bawah:

Tarikh   : 18 Februari 2012
Hari      : Sabtu
Masa    : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana

8.30 pg     - Ketibaan Ibubapa dan penjaga (pendaftaran dan Sarapan)
9.30 pg     - Nyanyian Lagu NegaraKu
9.35 pg     - Bacaan Doa
9.40 pg     - Ucapan Alu - Aluan Pengacara Majlis
9.45 pg     - Ucapan Alu - Aluan Penasihat PIBG, En, Md. Zohri bin Saluki
10.00 pg   - Ucapan Alu - Aluan dan Perasmian oleh YDP PIBG, En. Mohd Afandi b Haji Awang Ngah
10.15 pg   - Mesyuarat Bermula
                 - Bentang dan Sah Minit Mesyuarat yang lalu
                 - Laporan Aktiviti
                 - Laporan Kewangan
                 - Perkara Berbangkit
                 - Pembubaran AJK PIBG 2010 - 2011
                 - Pemilihan Pengerusi Sementara
                 - Pemilihan AJK PIBG
                      * Yang Dipertua
                      * Naib Yang Dipertua
                      * Setiausaha
                      * Bendahari
                      * AJK ( 5 orang ibubapa dan 5 orang guru)
                      * Juru Audit ( 1 orang ibubapa dan 1 orang guru )
                 - Perbincangan Usul
                 - Hal - hal Lain
                     * Bayaran Sumbangan PIBG
                     * Wending Machine
                 - Ucapan Penangguhan












Share:

2 comments:

biodynamic said...

Berdasarkan pengalaman saya sebagai AJK PIBG, Mesyuarat Agung tahunan merupakan masa yang terbaik bagi ibu bapa memberi pandangan, cadangan serta membantu meningkatkan imej dan prestasi sekolah. Bagi para AJK tentunya ini masa untuk menilai sejauh mana usaha yang dilakukan memberikan hasil yang diharapkan dan diterima oleh para ibubapa dan guru.

Janganlah hendak dihentam sana dan sini AJK PIBGnya. Bila cerita pasal program selalunya agak senyap. Tapi bila hal kewangan, timbul macam-macam cerita. Malah pernah saya berpengalaman dalam Mesyuarat Agung PIBG, hampir hendak dibatalkan dan diadakan semula kerana laporan kewangannya dikatakan tidak ikut standard perakaunan, tidak betul dan mengelirukan. Maklumlah di kawasan yang dikatakan elit.

Memang berat tugas AJK PIBG, khususnya kalau melibatkan soal menambah kewangan dan banyak program PIBG hendak adakan.Bayangkan dengan yuran RM20 setahun,cukupke untuk aktiviti tahunannya ? Tapi nampaknya sekolah telah ok kemudahan fisikalnya. Hanya perlukan sokongan dan penglibatan ibubapa dan meningkatkan pencapaian muridnya.

Kalau sekolah di tempat saya dulu, yuran PIBG macam-macam hendak digunakan. Itulah untuk buat garage, baiki pagar dan pelbagai kerosakan. Terpaksa PIBG usaha keras cari duit. Banyak aktiviti boleh dilakukan tapi saya tidak pasti sama ada praktikal untuk menambahbaikpulih sekolah yang baru berusia 3 tahun.

Selalunya kita agak sukar nak menghulurkan derma atau berkorban sedikit wang ringgit untuk kemajuan sekolah anak-anak sendiri. Masih nak mengharapkan jua bantuan kerajaan. Pernah sekolah di tempat saya, macam nak berperang dibahaskan isu nak naikkan yuran PIBG dari RM20 kepada RM30 setahun. Dalam hal sumbangan untuk pendidikan anak-anak, kita kena contohi orang Cina yang sanggup menyumbang dan berkorban mengeluarkan wang ringgit demi pendidikan anak-anak mereka. Sekolah asrama anak-anak kawan saya yuran tahunan PIBGnya tidak kurang RM100.

Harta kita yang sebenarnya ialah yang dapat membantu kita di akhirat nanti. Bukan sebanyak mana tersimpan dalam poket atau simpanan kita. Banyakkan menderma dan bersedeqah kearah kebaikan sebagai saham akhirat kita yang berpanjangan. Duit yang ada dalam poket atau bag tangan kita tu belum tentu milik kita. Entah-entah kejap lagi habis kat kedai beli itu dan ini. Atau buat belanja ngeteh kat warong mana.

Tahniah kepada hadirin hadirat yang dapat hadir pada mesyuarat Agong minggu lepas. Hadir demi kemajuan sekolah dan pendidikan anak-anak di sini. Mungkin ada yang terpaksa mengorbankan masa .Tahniah juga kepada barisan AJK yang baru di ketuai YDP En.Mohd.Faiz dan syabas diucapkan kepada YDP yang lepas En.Mohd.Affendi dan barisan AJKnya yang menjalan tugas dengan telus.Diharapkan AJK yang baru dilantik dapat memberi komitmen sepenuhnya dengan amanah yang diberikan.

Miji said...

Saya mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG, Guru-guru dan Guru Besar yang telah menjayakan mesyuarat PIBG pada tahun ini dengan jayanya. Bagi saya pembentangan laporan kewangan dari Bendahari pada kali ini, sudah memadai. Pengorbanan yang di berikan untuk menyediakan laporan tersebut amatlah di hargai.

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts