Assalamualaikum.. Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Pada
28 Julai 2012 yang lalu, jawatankuasa PrOD SKTPP2 telah menganjurkan
"Bengkel Program Pembangunan Organisasi (PrOD) Fasa 1" Bertempat di
Pusat sumber SKTPP2 bermula dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk;
- Memberi kefahaman dan mengalakkan penghayatan mengenai PrOD sebagai kaedah membangunkan sekolah.
- Menyemai kesedaran mengenai kepentingan keberkesanan kendiri seorang pemimpin di kalangan guru-guru sekolah.
- Memupuk kerjasama antara guru-guru di samping memberi pengalaman kepada mereka untuk mengurus dan seterusnya mengamalkan nilai PrOD.
Perjalanan bengkel ini berjaya untuk mencapai objektif penganjurannya. Hal ini kerana komitmen yang di tunjukkan oleh guru-guru SKTPP2 amat membanggakan. Ditambah pula kehadiran Pegawai daripada Institut Aminuddin Baki, Tuan Haji Mohd Shahrul Iza Bin Ismail selaku penceramah dapat membantu warga SKTPP2 memahami lebih baik konsep PrOD ini. Warga SKTPP2 turut berkeyakinan untuk melaksanakan PrOD (Fasa 1) bagi melonjakkan prestasi SKTPP2 secara keseluruhannya.
Sekitar Bengkel PrOD
Sesi pendaftaran
Sesi "Ice breaking"
Pegawai IAB, Tn Hj Mohd Shahrul Iza Bin Ismail
Peserta melancarkan kapal terbang kertas
Perbincangan dalam kumpulan
Berbincang lagi
Penyampain cenderamata kenag-kenangan dari SKTPP2
Peserta bengkel
Jawatankuasa pelaksana bengkel PrOD (Fasa 1)
No comments:
Post a Comment