Kepada,
IBU BAPA / PENJAGA MURID
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
Y.Bhg.Dato / Datin / Tuan / Puan,
BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2013
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa
semua murid warganegara akan
menerima bantuan khas awal persekolahan Tahun 2013 sebanyak RM 100.00 seorang. Bantuan akan
diagihkan kepada ibu bapa / penjaga pada ketetapan berikut :
TAHUN
|
TARIKH / HARI
|
MASA
|
TEMPAT
|
4B, 4D, dan 4I
|
21/01/2013 (Isnin)
|
11.00 pagi
Hingga
12.30 tengah hari
|
Pusat Sumber Sekolah
|
4M, 4N, dan 4Z
Tahun 5
Tahun 6
|
21/01/2013 (Isnin)
|
11.30 pagi
hingga
1.20 petang
|
Kelas
masing-masing
|
Tahun 2
Tahun 3
|
21/01/2013 (Isnin)
|
2.00 petang
hingga
5.00 petang
|
Kelas
masing-masing
|
3. Semua ibu bapa / penjaga murid kelas 4B,
4D dan 4I, sila berkumpul di Pusat
Sumber Sekolah pada jam 11.00 pagi.
Semua murid kelas 4B, 4D dan 4I hendaklah berada di kelas masing-masing.
4. Murid
Tahun 1 ditangguhkan pemberian RM100 seorang pada satu masa yang akan diberitahu
kelak kerana masalah enrolmen pelajar yang melebihi daripada tahun sebelumnya.
5. Pihak
sekolah berharap semua ibu bapa/ penjaga dapat menghadirkan diri mengikut
ketetapan seperti di atas bagi melancarkan proses pengagihan bantuan tersebut. Sila bawa salinan kad pengenalan ibu bapa/
penjaga dan salinan surat beranak anak.
Sekian untuk makluman dan
terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
..................................................
(KAMSANI BIN SAHLAN)
Guru Besar
SK Taman Putra Perdana 2
PT/FZA150113
No comments:
Post a Comment