JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PROGRAM INTENSIF KECEMERLANGAN BAHASA INGGERIS SELAMA ENAM BULAN DAN PROGRAM KHAS TAHUN 6 DI SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Dengan segala hormatnya pihak Preferred Motivation & Training akan mengadakan program intensif Bahasa Inggeris di SK Taman Putra Perdana 2. Preferred menggunakan kaedah psikologi (pemikiran positif terhadap proses belajar) dan motivasi (sentiasa berminat untuk belajar). Setiap data perkembangan pelajar akan direkodkan seperti bilangan ' vocabulary' yang diingati oleh pelajar (kaedah statistik), kebolehan membina ayat dan kemampuan belajar bertutur atau 'public speaking'. Matlamat preferred adalah perubahan 100% pelajar terhadap pencapaian Bahasa Inggeris mereka dan berdasarkan pengalaman yang lepas, keseluruhan pelajar yang mengikuti program ini mampu berubah menjadi yang lebih baik. 'Master Trainer' untuk program ini menggunakan kaedah 'reengineering iaitu penyelesaian masalah individu dengan data terperinci dimana kelemahan dan pencapaian mereka dikaji secara terperinci dan dibincangkan dengan ibubapa serta penjaga.

Adalah dimaklumkan Program promosi khas secara percuma akan diadakan di dewan sekolah pada:

Tarikh   : 13/07/2013
Hari      : Sabtu
Tempat : Dewan Sekolah
Masa     : Seperti di bawah:

1) Motivasi pelajar tahap 2: dari jam 11.00 pagi - 1.00 ptg
2) Motivasi pelajar tahap 1: dari jam 1.00 ptg - 3.00 ptg
3) Penerangan program keseluruhan untuk ibubapa secara percuma : Dari jam 3.15 - 4.45ptg.
4) Penerangan untuk program khas tahun 6 (Intensif Bahasa Inggeris dan Matematik) akan dibuat serentak dengan program di atas.

 
 

Penerangan oleh Mr. Kentucky tentang Program Intensif Kecemerlangan Bahasa Inggeris selama enam bulan

Pihak Preferred Motivation & Training mengedarkan surat untuk makluman ibubapa

 
 Berikut adalah makluman program 6 bulan BI:
1) Ibubapa serta pelajar yang berminat bolehlah membuat pendaftaran pada tarikh tersebut dan membuat pembayaran penuh atau sebahagiannya (dari kos keseluruhan RM100.00 sahaja untuk selama enam bulan dan pihak Preferred hanya menerima 300 pelajar pertama sahaja yang mendaftar).

2) Kos untuk program khas tahun 6 (Pemantapan BI & Math) sebagai persediaan secara intensif
adalah sebanyak RM100.00 sahaja dan pelajar boleh meneruskan program BI selepas selesai peperiksaan UPSR dan mengikuti pelajar tahun 1 sehingga 5.

3) Program BI selama 6 bulan akan bermula pada 20/07/2013 mengikut jadual dimulai dengan program keibubapaan dengan tajuk 'How to support our children to be success in English Language'
dan disampaikan dalam Bahasa Malaysia.
 

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi ( tel: 019-2668274 atau e-mel - afandi.ali63@yahoo.co.uk).
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts