JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-2(SESI PAGI)

Perhimpunan rasmi pada pagi ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan Malaysia Berjaya. Ini diikuti dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara dan ikrar murid. Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas mingguan yang menyampaikan ucapan yang bertema Sayangi Diri: Patuhi peraturan. Beliau mengingatkan murid supaya mematuhi peraturan sekolah serta memberi kefahaman kepada murid tentang peraturan.

Seterusnya ucapan daripada GPK KO En. Ahmad Mustaqeim memberitahu murid tentang kegiatan kokurikulum akan bermula pada 21/01/2015 yakni hari Rabu. Beliau juga mengingatkan murid supaya menyerahkan borang kebenaran kegiatan kokurikulum.

Akhir majlis diakhiri dengan ucapan GPK 1 Pn. Siti Hanim yang mengulas lagi tema minggu ini tentang patuhi peraturan sekolah serta berkongsi maklumat tentang "majlis perutusan tahun baru 2015" kepada semua guru dan semua murid yang telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada minggu lepas.sekian........ assalamualaikum.

Guru yang Bertugas minggu ke-3:
1) En. Ramdani bin Mohd Suhud
2) Cik Jagjer Kaur
3) Pn. Noorsuriyati
4) Pn. Nadhrah
5) Pn. Zaripah
6) Pn. Nasibah

KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA.....
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts