Assalamualaikum
wrm wbt dan salam sejahtera.....
Majlis
Pelancaran Minggu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris telah diadakan pada hari
Isnin, 20 April 2015 yang melibatkan semua pelajar dan semua
guru. Tema 'Bahasa
Memartabatkan Bangsa' telah
dipilih sebagai nadi gerakan aktiviti tahun ini untuk mendepani pelbagai
cabaran baru terutamanya dalam dunia teknologi maklumat. Program
Minggu Bahasa ini bertujuan untuk membantu para pelajar melibatkan diri dalam
proses pembelajaran dan penguasaan kedua-dua bahasa secara tidak formal.
Objektif
minggu bahasa ini diadakan adalah untuk:
- Melahirkan murid yang dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan cekap.
- Membimbing murid supaya dapat mengggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam pertuturan dan penulisan dengan cara yang kreatif.
- Meningkatkan minat dan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di kalangan murid tanpa mengira kaum di luar kelas.
- Mencungkil bakat murid agar dapat melahirkan pelajar berpotensi dalam berbahasa.
Berikut
adalah gambar-gambar sekitar majlis perasmian minggu bahasa :-)
|
Gimik majlis perasmian disempurnakan oleh Guru Besar, PK Pentadbiran dan PK Kokurikulum. |
|
PK Petang sedang melancarkan majlis perasmian Minggu Bahasa. |
|
Pengerusi majlis pada pagi itu adalah Ustaz Rosmadi dan Puan Jagjer. |
|
Pengerusi majlis sesi petang - En Sazali dan Ustazah Suryanie. |
Antara aktiviti-aktiviti minggu bahasa - Sesi pagi :-)
|
Tayangan filem 'Big hero'. |
|
Pertandingan mendeklamasikan sajak. |
|
'Book Worm Activity'
|
Antara aktiviti-aktiviti minggu bahasa - Sesi petang :-)
|
Murid-murid Tahun 2 sedang menyiapkan aktiviti 'Puzzle' |
|
Pertandingan Pantun. |
|
Pertandingan Bercerita.
Panitia Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan minggu bahasa ini. Semoga inisiatif ini memberi manfaat dan natijah yang baik kepada semua. Wassalam...
|
No comments:
Post a Comment