JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 25

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perhimpunan Rasmi pada Minggu 25 ini bermula tepat jam 7.30 pagi. Majlis dimulai dengan ucapan pengerusi majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Malaysia Berjaya. Kemudian,  disusuli pula dengan bacaan doa serta Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.
Ucapan Ketua Guru Bertugas : Pn Siti Nora bt Mohamed Ahyar





Tema: Kemahiran Belajar
Isi Ucapan: 
Guru menjelaskan maksud kemahiran belajar, iaitu merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Guru juga menjelaskan agar murid-murid menggunakan kemahiran belajar dengan betul bagi memastikan perkara yang dipelajari dapat diterima dan difahami. Berikut adalah antara kepentingan-kepentingan belajar menggunakan kemahiran belajar yang betul:
       1. Meningkatkan daya belajar dan daya intelek
       2. Memupuk disiplin murid
       3. Mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat
       4. Meningkatkan daya ingatan
       5. Pengurusan masa yang berkesan
       6. Meningkatkan pencapaian individu

Atur cara perhimpunan diteruskan dengan penyampaian sumbangan insentif kepada murid-murid yang berjaya melayakkan diri dalam bidang sukan ke peringkat negeri dan kebangsaan. Hadiah insentif ini disumbangkan oleh Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SK Taman Putra Perdana 2 sebagai galakan dan penghargaan kepada murid-murid ini.






Seterusnya, perhimpunan ini turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Minggu Bahasa Melayu.







Ucapan Guru Disiplin: En Mohd Razis bin Shainisi
En Mohd Razis memaklumkan bahawa Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Ramadhan akan diadakan pada Hari Selasa (14 Julai 2015). Murid-murid juga dinasihatkan agar menjaga disiplin sepanjang majlis berlangsung. selain itu, beliau turut menasihati murid-murid agar tidak bermain mercun dan menjaga diri sepanjang cuti perayaan ini.

Ucapan PK Kokurikulum: En Ahmad Mustaqiem bin Ibrahim




Berdasarkan tema pada minggu ini, Kemahiran Belajar, En Ahmad Mustaqiem bin Ibrahim menyarankan agar murid-murid mencari contoh-contoh karangan sama ada karangan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris melalui internet untuk dibaca. Saranan ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid-murid dalam penulisan dan menambahkan pengetahuan tentang tatabahasa.

Perhimpunan bersurai pada jam 8.00 pagi.

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts