Guru bertugas :
Pn. Nur rahayu binti Yusof
En. Wan Adli bin Derahman
Pn. Narimah binti Zamri
Pn. Noraini binti Baharom
Pn. Asniza binti Che Ishak
Pn. Nor Atiqah binti Nasaruddin
Pn. Siti Suriati binti Abdullah
Tarikh Bertugas : 22 Januari 2018- 26 Januari 2018
Tema :Sayangi Diri - Disiplin Diri
Perhimpunan sesi petang bermula pukul 6.00 petang. Dimulai dengan lagu Negaraku, Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Aku Negaraku serta diikuti lafaz ikrar dan doa dikendalikan oleh pengawas bertugas adik Aleeya Izzati 3 USM
1) Ucapan Ketua Guru Bertugas : Pn. Nur Rahayu binti Yusof
- murid - murid diigatkan agar berjumpa guru bertugas jika ada sebarang masalah.
- guru mengingatkan murid agar tidak hadir ke sekolah sekiranya sakit dari rumah.
- murid diingatkan agar jaga disiplin diri dan mengamalkan pengurusan diri yang baik terutama beruniform sekolah dalam keadaan baik kerana penampilan mencerminkan disiplin seseorang yang baik.
2) Ucapan Ketua Guru Disiplin : Ustaz Kamarul bin Ngah
-murid- murid diingatkan sentiasa mematuhi peraturan sekolah terutama kawasan dataran @ tapak perhimpunan.. murid2 tidak boleh berlari dan bermain di kawasan tersebut dikhuatiri berlakunya kecederaan dan sebagainya.
Murid murid juga diingatkan berkenaan penggunaan gunting. Gunting yang muncung panjang tidak dibenarkan bawa ke sekolah, gunting muncung bulat sahaja yang dibenarkan bawa. Murid tidak perlu bawa gunting jika tiada keperluan dan tidak boleh gunting benda benda yang tidak sepatutnya seperti rambut kawan, jari, beg dan sebagainya.
3) Ucapan Guru Penolong Kanan Petang : Pn. Fauziah binti Salehoddin
Pn Fauziah menegaskankan kepada murid agar jaga disiplin diri dan menghormati guru semasa guru bercakap. Selain itu, Pn Fauziah menegaskan bahawa semua guru adalah guru disiplin. Oleh itu setiap murid perlu mengambil cakna atas nasihat dan teguran yang diberikan oleh guru-guru.
Perhimpunan tamat pada pukul 6.40 petang
Home »
» Perhimpunan Mingguan Minggu ke4 (SESI PETANG)
No comments:
Post a Comment