Perhimpunan rasmi Isnin, 26 Februari 2018 bagi sesi petang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.
Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.
A. UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN
Ketua guru bertugas, Pn Suriayati binti Mohd Sulaikhan mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas adalah :
1. PN SURIAYATI BT MOHD SULAIKHAN
2. PN JUSLINDA BT BAKAR
3. PN SURIANI BT IBRAHIM
4. PN SITI SARAH BT SAARANI
5. EN SHARIZAM B MOHD RAZALI
6. EN EZOL FITRI BIN AHMAD MUNIRAN
Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi sebarang masalah.
Antara pesanan dan teguran yang telah disampai oleh ketua guru bertugas adalah:
a) Murid yang tidak sihat tidak perlu datang ke sekolah.
b) Ponteng Kelas ketika PdPc
Murid-murid diberi peringatan supaya tidak lagi ponteng kelas ketika PdPc dan pihak sekolah akan mengambil tindakan sewajarnya jika ada murid-murid yang terlibat dengan gejala ponteng kelas ini.
B. UCAPAN GURU PENOLONG KANAN PETANG
Seterusnya, Pn Fauziah bt Salehoddin selaku guru disiplin memberi sedikit taklimat disiplin kepada murid. Antara isi - isi penting yang disampaikan adalah:
b) Murid - murid mesti berkumpul di dewan terbuka sewaktu loceng rehat pertama
c) Murid - murid tidak dibenarkan mengaji atau membaca iqra selepas solat kerana murid-murid mesti berada di dalam kelas sewaktu PdPc.
d) Murid-murid diingatkan supaya tidak terlibat dengan amalan buli seperti meminta duit murid lain, mengugut kawan-kawan lain supaya melakukan perkara-perkara yang menyalahi peraturan sekolah. Tindakan tegas akan diambil oleh pihak sekolah. Murid-murid yang menjadi mangsa buli hendaklah segera melaporkan kepada guru kelas atau guru bertugas.

Setelah itu, murid - murid mula disuraikan dan bergerak ke dalam barisan di koridor.
Perhimpunan berakhir pada jam 6.40 petang.
Perhimpunan berakhir pada jam 6.40 petang.
No comments:
Post a Comment