JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN BERTUGAS MINGGU 32 SESI PETANG

      Pada hari Isnin yang lalu,telah diadakan perhimpunan rasmi bagi sesi petang. Guru-guru yang bertugas pada minggu ini ialah Puan Nor Atiqah(Ketua),Puan Suriati,Puan Nur Rahayu,Puan Satriana dan Ustaz Wan Adli.

    Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu, bacaan doa serta ikrar.




       Perhimpunan kemudian diteruskan dengan tajuk pada minggu ini iaitu Mengenali Perdana-Perdana Menteri Malaysia, yang disampaikan oleh Puan Nor Atiqah. Daripada tajuk ini,murid-murid dapat mengetahui nama Perdana-Perdana Menteri di Malaysia serta jasa-jasa mereka kepada negara.

        Kemudian,perhimpunan diteruskan dengan ucapan oleh Ustaz Kamarulizam selaku guru disiplin sesi petang. Antara intipati di dalam ucapan beliau ialah beliau mengingatkan agar murid-murid tidak membawa permainan ke sekolah, rambut dipotong mengikut kriteria yang sepatutnya dan tidak membelanjakan wang mereka sehingga habis sebelum tibanya waktu rehat.




       Perhimpunan bersurai tepat jam 6.40 petang.
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts