AGIHAN BUKU TEKS TAHUN 3 KEGUNAAN 2019 AKAN DIADAKAN PADA KETETAPAN BERIKUT:
TARIKH : 29 DISEMBER 2019
HARI : SABTU
MASA : 9.00 - 11.00 PAGI
TEMPAT: HADAPAN BILIK SPBT SKTPP2
Ibu bapa / penjaga / murid dimohon agar hadir pada waktu yang telah ditetapkan. Sila pastikan nama dan kelas murid tersebut mengikut senarai nama murid 2019. Murid yang baru berpindah masuk selepas bulan Mac,2018 perlu mendapatkan buku teks dari sekolah lama masing-masing.
Sila bawa beg yang bersesuaian untuk kemudahan tuan/puan. Tuan / puan perlu membaca dengan teliti Surat Akuan Penerimaan (SAP) yang disertakan bersama buku teks sebelum mengisi No.Perolehan setiap buku yang diterima. Sila serahkan SAP tersebut kepada guru yang bertugas setelah selesai.
Buku-buku teks yang telah diterima hendaklah ditulis nama, kelas, tahun 2019 dan dibalut dengan kemas. Cara membalut buku teks dengan kemas dan cepat boleh ditonton di link berikut:
Harap maklum.
Sekian, terima kasih.
Guru Penyelaras SPBT
SK Taman Putra Perdana 2
No comments:
Post a Comment