JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 2 (SESI PETANG)

Perhimpunan rasmi Isnin, 7 Januari 2019 bagi sesi petang dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. 

Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah, adik Hafiz dari 3 UM.

A.   UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN

Ketua guru bertugas, Puan Nor Anis binti Suhaimi mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas adalah :

1.       PN. NOR ANIS BINTI SUHAIMI
2.       PN. HAMIZAH BINTI HAMID
3.       PN. MAWADAH BINTI SHAMSUDDIN
4.       PN. FASIHAH 
5.       PN. BAIZURA BINTI SARANI
6.       EN. SALMIZI

Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi sebarang masalah.

Antara pesanan dan teguran yang telah disampai oleh ketua guru bertugas adalah:

a) Etika ketika menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah, dan lagu Aku Negaraku.

Murid - murid didapati sangat menghayati lagu - lagu tersebut, sehingga mereka menari - nari dan bergerak. Guru mengingatkan bahawa lagu - lagu tersebut adalah lagu rasmi, dan murid - murid perlu mematuhi etika menyanyikan lagu rasmi iaitu berdiri tegak.

b) Murid yang tidak sihat tidak perlu datang ke sekolah.

Murid - murid diingatkan untuk menjaga kesihatan dan berehat di rumah sekiranya tidak sihat seperti demam, sakit perut dan sebagainya. Ini kerana kemudahan katil untuk murid sakit adalah terhad dan dikhuatiri murid - murid yang sakit tidak selesa sementara menunggu waktu persekoahan berakhir.

B.   TEMA MINGGUAN : PENGURUSAN MASA

Pn. Nor Anis telah menyampaikan beberapa pesanan tentang pentingnya pengurusan masa untuk menjadi orang yang sistematik dan berjaya. Antara perkara yang ditekankan adalah:

- murid perlu tidur awal agar mereka mendapat tidur yang cukup dan mampu bangun awal di pagi hari.
- pada waktu rehat, murid perlu bijak menguruskan diri agar mempunyai cukup masa untuk makan, memyegarkan diri di tandas, dan berehat seketika. Ini amat penting agar mereka mampu lebih bersedia untuk sesi pembelajaran yang seterusnya. 
- murid juga perlu bijak menguruskan masa di dalam kelas, dan seboleh bolehnya menyiapkan tugasan di dalam kelas agar mereka boleh menggunakan masa di rumah untuk berehat.

C.   UCAPAN GURU PENOLONG KANAN PETANG

Seterusnya, Pn. Fauziah bt Solehuddin selaku GPK Petang, menyampaikan amanat beliau. Antara perkara yang ditegaskan adalah:

- ucapan selamat datang kepada warga baru SKTPP2, murid murid tahun 1. Mereka diingatkan supaya terus ke sekolah kerana sekolah adalah tempat yang menyeronokkan dan mereka tidak perlu takut.
- murid murid tahun 2 dan 3 diingatkan supaya menunjukkan contoh yang baik kepada adik adik tahun 1.
- Pn. Fauziah menasihatkan semua murid agar terus belajar bersungguh sungguh dan menghormati guru guru dan kakitangan sekolah.

Setelah itu, murid - murid mula disuraikan dan bergerak ke dalam barisan di koridor.
Perhimpunan berakhir pada jam 6.40 petang.







Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts