JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 2 (SESI PAGI)

Pada 6 Januari 2020 bersamaan hari Isnin, satu perhimpunan rasmi telah diadakan di dataran perhimpunan SK Taman Putra Perdana 2.  Murid-murid berkumpul sebaik sahaja tiba di sekolah di dataran mengikut kelas masing-masing.


Perhimpunan bermula tepat pada jam 7.30 pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.  Seterusnya diteruskan dengan lafaz ikrar Rukun Negara dan ikrar murid serta bacaan doa.

Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas yang disampaikan oleh Encik Norizi.  Beliau memaklumkan kepada murid guru-guru yang bertugas pada minggu ini, iaitu:

1. Encik Norizi
2. Encik Zuhaini
3. Puan Hafiza
4. Puan Murnei
5. Puan Wan Marhaini
6. Puan Sharulniza
7. Puan Noraisyah

Beliau turut menyampaikan sedikit nasihat kepada murid-murid berkaitan tema pada minggu ini, iaitu Belas Kasihan.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada guru disiplin, iaitu Encik Mohd. Razis.  Beliau memberi taklimat berkaitan dengan disiplin yang perlu dipatuhi sepanjang berada di sekolah ini.  Beliau turut mengingatkan murid agar membeli Buku Peraturan Sekolah yang ada dijual di kedai buku.



Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Encik Mohd. Zainurin bin Md. Yasin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.  Beliau memberi taklimat berkaitan dengan kokurikulum dalam hal borang-borang yang berkaitan dengan kokurikulum khas untuk murid-murid Tahun 4.



Majlis perhimpunan tamat pada jam 8.00 pagi dan semua murid kembali ke kelas masing-masing dalam keadaan teratur.













Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts