Pada 10 April 2023 bersamaan hari Isnin, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2. Majlis bermula tepat pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah. Lafaz ikrar ini telah diketuai oleh pengawas sekolah.
Selesai lafaz ikrar, majlis beranjak maju dengan bacaan doa yang turut dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.
UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS
Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Encik Mohd. Shafie Bin Muhammad. Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu keempat persekolahan, iaitu:
- Encik Mohd. Shafie
- Puan Nurul Aqilah
- Encik Muhammad Ilham Baqti
- Encik Mohamad Rani
- Y.M Tengku Ayu
- Puan Suriakala
Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu keempat persekolahan, iaitu Hindari Vandalisme. Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.
UCAPAN AJK KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS
Majlis diteruskan dengan pelaksanaan Program Kebersihan dan Keceriaan Kelas. Majlis tersebut telah dikemudi oleh Encik Muhammad Bahij. Beliau memberikan penjelasan kepada murid-murid akan objektif program tersebut dijalankan, iaitu bagi memastikan kelas masing-masing senantiasa bersih dan ceria bagi memangkin proses pembelajaran yang bermakna di samping mewujudkan persaingan secara sihat antara kelas bagi memenangi pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas yang akan dilaksanakan sepanjang tahun.
Program Kebersihan dan Keceriaan Kelas ini telah diakhiri dengan gimik perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Datin Nora Binti Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKTPP2.
UCAPAN WAKIL PENTADBIR
Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Puan Siti Raudah Binti Hamid, Penolong Kanan Kokurikulum SKTPP2. Beliau mengingatkan kepada murid-murid supaya memperbetulkan cara semasa ingin keluar ke tandas apabila guru berada di dalam kelas.
UCAPAN GURU BESAR
Majlis diakhiri dengan ucapan dan mandat yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha, Encik Zanuddin Bin Sanuan, Guru Besar SKTPP2. Antara intipati ucapan beliau ialah:
- Beliau memaklumkan akan keadaan infrastruktur sekolah yang tidak baik berikutan ribut yang melanda Taman Putra Perdana.
- Beliau mengingatkan agar murid-murid mengutamakan keselamatan sepanjang berada di kawasan sekolah.
- Beliau mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya berpuasa sehingga ke hari ini.
Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 8.10 pagi dan semua murid beredar naik ke kelas masing-masing dalam keadaan yang teratur.
Laporan Disediakan Oleh,
MOHD. SHAFIE BIN MUHAMMAD,
Ketua Guru Bertugas Minggu Keempat.
LAMPIRAN BERGAMBAR
Rajah 1 Murid-murid bersedia untuk lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah
Rajah 2 Majlis perhimpunan yang dipimpin oleh wakil murid, iaitu pengawas sekolah
Rajah 3 Bacaan doa yang telah dipimpin oleh pengawas sekolah
Rajah 4 Murid-murid sedang fokus semasa bacaan doa dilafazkan
Rajah 5 Ucapan daripada Ketua Guru Bertugas Mingguan, Encik Mohd. Shafie
Rajah 6 Program Kebersihan dan Keceriaan Kelas yang dipimpin oleh
Encik Muhammad Bahij
Rajah 7 Gimik Perasmian Program yang telah disempurnakan oleh Datin Nora Binti Yusof
Rajah 8 Ucapan daripada Puan Siti Raudah Binti Hamid, PK Kokurikulum SKTPP2
Rajah 9 Ucapan dan mandat daripada Tuan Guru Besar, Encik Zanuddin Bin Sanuan