JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 21 (SESI PETANG)

 

 Pada 21 Ogos 2023, perhimpunan rasmi telah digantikan dengan Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah bertempat di Dewan Terbuka SKTPP2. Majlis ini melibatkan semua murid tahun satu hingga tiga. Majlis bermula pada jam 4.10 petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Zakee bin Abdullah Zawawi.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Ketua guru bertugas, Puan Nor Affizah binti Adam Lee dalam ucapannya telah memaklumkan senarai nama guru bertugas pada minggu berkenaan seperti berikut:

 

  1. Encik Ahmad Ridzuan bin Ismail
  2. Encik Wan Adli bin Wan Deraman
  3. Puan Nurul Aisah binti Suriyamurni
  4. Puan Hamizah binti Hamid
  5. Puan Nur Jamiliati Wahida binti Mohd Sanny 

 Puan Nor Affizah turut memaklumkan berhubung tema mingguan yang dipilih ialah Hormat-Menghormati: Amalkan Prinsip Rukun Negara.

 

UCAPAN PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN 2023

 Majlis diteruskan dengan ucapan Penolong Kanan Petang, Encik Md Noor bin Billak yang seterusnya merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Sesi 2023. Majlis ini telah diacarakan oleh Puan Nor Iylia Irina binti Mohd Rashid dan Encik Mohd Yamin Aswat bin Jaafar.  Pengacara majlis telah memaklumkan berhubung semua aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang sambutan ini.

 Setelah itu, berlangsung acara perletakan simbol Malaysia Madani oleh Penolong Kanan Petang sebagai simbolik perasmian. Semua guru dan murid kemudiannya menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan pada tahun ini, ‘Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

  Majlis diakhiri dengan laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali oleh Penolong Kanan Petang dan setelah itu telah dilaksanakan sesi bergambar.

 Majlis perhimpunan tamat pada jam 6.40 petang.

 

Laporan disediakan oleh,

 

NOR AFFIZAH BINTI ADAM LEE,

Ketua Guru Bertugas Minggu 21.

 



 LAMPIRAN BERGAMBAR







 

 

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts