Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Guru bertugas pada minggu ini :-
1. Zuraini binti Ismail
2. W.M Lutfi bin Sazali
3. Siti Mushrifah binti Ahmad Kamal
4. Noraziah binti Ali
5. Nor Sa'adah binti Sabidin
6. Ust. Rosmadi bin Manaf
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu :-
1. Lagu Negaraku
2. Lagu Negeri Selangor
3. Lagu Sekolah
Lafaz ikrar dan bacaan doa oleh pengawas bertugas.
Ucapan guru bertugas
Tema : Bertanggungjawab - Pengurusan Masa
Cikgu Zuraini selaku ketua guru bertugas memperkenalkan dan menerangkan tentang maksud pengurusan masa. Setiap murid hendaklah menguruskan masa dengan sebaik-baiknya agar dapat menjadi murid yang lebih cemerlang dalam bidang akademik. Murid juga digalakkan untuk menyediakan jadual persendirian dan menepati masa jadual yang telah ditetapkan oleh sekolah.
Laporan / Ucapan guru Disiplin / Guru BNK
Cikgu Dania mengingatkan semua murid tentang peraturan sekolah memandangkan cuti selama seminggu, antaranya ialah semua murid perlu datang ke sekolah lebih awal sebelum pukul 7.30 pagi. Murid -murid juga diingatkan supaya membelanjakan duit raya dengan lebih berhemah dan bermanfaat.
Lain-lain
Guru Besar melancarkan Program Kebersihan dan Keceriaaan Kelas bermula Mac 2024 sehingga Januari 2025. Pertandingan ini dinilai secara berterusan. Oleh yang demikian semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kecerian kelas masing-masing.
Guru Besar melancarkan Program Kebersihan dan Kecerian Kelas
Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan
Guru Besar mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga SKTPP2. Beliau juga mengingatkan kepada semua murid supaya tidak menggunakan duit raya untuk membeli mercun .
Guru Besar juga mengingatkan semua murid supaya membuat ulangkaji memandangkan Ujian Pertengahan sesi Akademik tidak lama lagi.
Guru besar menyampaikan ucapan dan nasihat kepada semua murid.
Perhimpunan tamat tepat pada pukul 8.00 pagi.
No comments:
Post a Comment