MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADAN - MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN SUMBANGAN AIDILFITRI
TARIKH: 27 MAC 2025
MASA: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN TERBUKA SKTPP2
PENGLIBATAN: SEMUA WARGA SEKOLAH BERAGAMA ISLAM
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 27 Mac 2025 bersamaan 26 Ramadan 1446H satu program yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam iaitu Majlis Penutupan Ihya Ramadan, Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Ramadan telah dijalankan.
Program ini telah berlangsung di dewan terbuka dan melibatkan murid-murid sesi petang. Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Zakee bin Abdullah Zawawi. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Penyelaras Program iaitu Ustazah Juslinda binti Bakar. Selesai ucapan daripada Penyelaras Program, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru Besar, Encik Fakhruddin bin Baharum.
Atur cara majlis diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Mazwan bin Muhammad bersama dengan 22 orang murid. Khalifah khatam dan murid-murid mengalunkan bacaan dan seterusnya penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Penolong Kanan Petang, Puan Tanti Idayu binti Ab Karim kepada khalifah khatam dan murid-murid khatam Al-Quran.
Majlis beranjak maju dengan penyampaian Sumbangan Ramadan kepada murid-murid kurang berkemampuan dan anak yatim sekolah hasil daripada kutipan derma seluruh warga sekolah sepanjang bulan Ramadan. Semoga sumbangan ini dapat memberikan sedikit keceriaan kepada murid-murid berkenaan.
Majlis bertambah meriah apabila guru dan murid dipertontonkan dengan persembahan nyanyian berkumpulan daripada murid-murid tahun 2 dan 3. Majlis ini dengan jayanya berakhir tepat jam 5.00 petang.
Sekian, terima kasih.
Lensa sekitar program:
No comments:
Post a Comment