|
TARIKH
MASA
|
26 Januari 2019
(Sabtu)
|
|
9.00
– 9.30 pagi
|
Pendaftaran
|
|
9.30
– 9.40 pagi
|
Doa
|
|
9.40
– 10.00 pagi
|
Ucapan
Aluan Guru Besar
|
|
10.00
– 10.15 pagi
|
Rehat
(Minuman Ringan)
|
|
10.15
– 11.00 pagi
|
Taklimat
Program Peningkatan Tahun 6
|
|
11.00
– 12.30 tengah hari
|
Ceramah
Motivasi Ibu bapa
|
|
12.30
tengah hari
|
Bersurai
|
MAKLUMAN : MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6 2019
LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-3 (SESI PETANG)
Pada 14 Januari telah diadakan perhimpunan utk minggu ke-3 bagi sesi petang. Perhimpunan dimulai dengan empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.
Perhimpunan kemudian diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah yang diketuai oleh pengawas sekolah.
Ketua guru bertugas, Pn. Nor Atiqah memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini:
1. Pn.Nor Atiqah
2. En.Ezol Fitri
3. Pn.Nurul Marshida
4. Pn.Yuszainismar
5. Pn.Juslinda
6. En.Sharizam
7. Ustaz Shafie
Jika terdapat sebarang masalah, murid-murid boleh merujuk kepada guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
Tema pada minggu ini ialah peraturan. Murid diingatkan beberapa perkara tentang peraturan sekolah.
Antaranya ialah:
1. Murid dilarang untuk keluar semula dari kawasan sekolah setelah masuk di dalam kawasan sekolah kerana didapati ramai murid yang keluar semula untuk membeli makanan dan minuman di luar.
2.Murid-murid hendaklah meminta izin dari guru jika hendak keluar kelas sama ada ke tandas atau ke surau. Selepas itu,mereka hendaklah terus pulang semula ke kelas dan tidak melencong ke tempat lain.
3.Murid-murid diingatkan supaya beratur semasa membeli makanan semasa waktu rehat.
4.Sebelum pulang,murid-murid hendaklah beratur dahulu dan berada di dalam barisan kelas masing-masing semasa pulang. Murid-murid juga diingatkan untuk tidak bertolak-tolak dan mengikut tangga yang ditetapkan untuk setiap tahun.
Seterusnya,Guru Penolong Kanan Petang, Pn.Fauziah binti Solehuddin memaklumkan mengenai rombakan kelas yang berlaku pada Jumaat lepas. Rombakan itu dibuat untuk menyamaratakan bilangan murid di dalam setiap kelas dan bukannya kerana ada dasar pilih kasih dan sebagainya.
Dengan berlakunya rombakan ini diharap murid-murid dapat belajar di dalam keadaan yang lebih selesa, gembira dan kondusif.
Perhimpunan bersurai pada pukul 6.40 petang.
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-3 (SESI PAGI)
Pada 14hb. Januari 2019 bersamaan hari Isnin, SK Taman Putra Perdana 2 telah melaksanakan perhimpunan rasmi Kokurikulum. Majlis perhimpunan bermula pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz ikrar Rukun Negara dan ikrar sekolah yang diketuai oleh wakil murid yang terdiri daripada pengawas sekolah.
Perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas mingguan, iaitu Encik Mohd Fikri Bin Mat Arit yang mana beliau memaklumkan kepada murid-murid akan barisan guru yang bertugas sepanjang minggu berkenaan, iaitu:
1) En. Mohd Fikri
2) Pn. Murnei
3) Pn. Nurhafizah
4) Pn. Nurhidayahni
5) Pn. Nadhrah
6) Cik. Siti Mushrifah
7) Pn. Shahiza
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang mengikuti kem tunas puteri peringkat kebangsaan.Encik Zainurin yang merupakan penolong kanan kokurikulum meyampaikan hadiah kepada murid yang terlibat.
Setelah selesai majlis penyampaian hadiah,majlis diteruskan lagi dengan taklimat disiplin oleh ustaz Mohd Razis Bin Shainisi. Beliau menasihati para pelajar supaya sentiasa mengikut peraturan sekolah yang telah ditetapkan.
Majlis Perhimpunan pada minggu ini diakhiri dengan ucapan Encik Mohd. Zainurin bin Md Yasin PK Kokurikulum yang memberi maklumat tentang aktiviti kokurikulum yang akan dilangsungkan pada minggu ini.
Setelah selesai majlis penyampaian hadiah,majlis diteruskan lagi dengan taklimat disiplin oleh ustaz Mohd Razis Bin Shainisi. Beliau menasihati para pelajar supaya sentiasa mengikut peraturan sekolah yang telah ditetapkan.
Majlis Perhimpunan pada minggu ini diakhiri dengan ucapan Encik Mohd. Zainurin bin Md Yasin PK Kokurikulum yang memberi maklumat tentang aktiviti kokurikulum yang akan dilangsungkan pada minggu ini.
MAKLUMAN : KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-10
TARIKH : 12 JANUARI 2019
MASA : 7.20 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : KAWASAN PERUMAHAN TAMAN PUTRA PERDANA
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 2 (SESI PETANG)
Perhimpunan rasmi Isnin, 7 Januari 2019 bagi sesi petang dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.
Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah, adik Hafiz dari 3 UM.
A. UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN
A. UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN
Ketua guru bertugas, Puan Nor Anis binti Suhaimi mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas adalah :
1. PN. NOR ANIS BINTI SUHAIMI
2. PN. HAMIZAH BINTI HAMID
3. PN. MAWADAH BINTI SHAMSUDDIN
3. PN. MAWADAH BINTI SHAMSUDDIN
4. PN. FASIHAH
5. PN. BAIZURA BINTI SARANI
6. EN. SALMIZI
Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi sebarang masalah.
Antara pesanan dan teguran yang telah disampai oleh ketua guru bertugas adalah:
a) Etika ketika menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah, dan lagu Aku Negaraku.
Murid - murid didapati sangat menghayati lagu - lagu tersebut, sehingga mereka menari - nari dan bergerak. Guru mengingatkan bahawa lagu - lagu tersebut adalah lagu rasmi, dan murid - murid perlu mematuhi etika menyanyikan lagu rasmi iaitu berdiri tegak.
Murid - murid didapati sangat menghayati lagu - lagu tersebut, sehingga mereka menari - nari dan bergerak. Guru mengingatkan bahawa lagu - lagu tersebut adalah lagu rasmi, dan murid - murid perlu mematuhi etika menyanyikan lagu rasmi iaitu berdiri tegak.
b) Murid yang tidak sihat tidak perlu datang ke sekolah.
Murid - murid diingatkan untuk menjaga kesihatan dan berehat di rumah sekiranya tidak sihat seperti demam, sakit perut dan sebagainya. Ini kerana kemudahan katil untuk murid sakit adalah terhad dan dikhuatiri murid - murid yang sakit tidak selesa sementara menunggu waktu persekoahan berakhir.
B. TEMA MINGGUAN : PENGURUSAN MASA
Pn. Nor Anis telah menyampaikan beberapa pesanan tentang pentingnya pengurusan masa untuk menjadi orang yang sistematik dan berjaya. Antara perkara yang ditekankan adalah:
- murid perlu tidur awal agar mereka mendapat tidur yang cukup dan mampu bangun awal di pagi hari.
- pada waktu rehat, murid perlu bijak menguruskan diri agar mempunyai cukup masa untuk makan, memyegarkan diri di tandas, dan berehat seketika. Ini amat penting agar mereka mampu lebih bersedia untuk sesi pembelajaran yang seterusnya.
- murid juga perlu bijak menguruskan masa di dalam kelas, dan seboleh bolehnya menyiapkan tugasan di dalam kelas agar mereka boleh menggunakan masa di rumah untuk berehat.
C. UCAPAN GURU PENOLONG KANAN PETANG
Seterusnya, Pn. Fauziah bt Solehuddin selaku GPK Petang, menyampaikan amanat beliau. Antara perkara yang ditegaskan adalah:
- ucapan selamat datang kepada warga baru SKTPP2, murid murid tahun 1. Mereka diingatkan supaya terus ke sekolah kerana sekolah adalah tempat yang menyeronokkan dan mereka tidak perlu takut.
- murid murid tahun 2 dan 3 diingatkan supaya menunjukkan contoh yang baik kepada adik adik tahun 1.
- Pn. Fauziah menasihatkan semua murid agar terus belajar bersungguh sungguh dan menghormati guru guru dan kakitangan sekolah.
Setelah itu, murid - murid mula disuraikan dan bergerak ke dalam barisan di koridor.
Perhimpunan berakhir pada jam 6.40 petang.
Perhimpunan berakhir pada jam 6.40 petang.
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-2 (SESI PAGI)
Pada 7hb. Januari 2019 bersamaan hari Isnin, SK Taman Putra Perdana 2 telah melaksanakan perhimpunan rasmi. Majlis perhimpunan bermula pada jam 7.35 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz ikrar Rukun Negara dan ikrar sekolah yang diketuai oleh wakil murid.
Majlis perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas mingguan, iaitu Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin bin Senin yang mana beliau memaklumkan kepada murid-murid akan barisan guru yang bertugas sepanjang minggu berkenaan, iaitu:
1. Cikgu Fakhrurrazi
2. Cikgu Noorhisham
3. Cikgu Shahrulniza
4. Cikgu Aliza
5. Cikgu Faiza
6. Cikgu Nurleen
7. Cikgu Jagjer
Majlis diteruskan lagi dengan Manifesto Calon-calon Ketua Pengawas Tahun 2019 dan majlis ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd. Fikri bin Mat Arit selaku Guru Pengawas Tahun 2019. Seramai 11 orang calon telah menyampaikan manifesto mereka dengan penuh semangat dan berwibawa.
Majlis beranjak maju dengan ucapan daripada Encik Zanuddin bin Sanuan, Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2. Beliau menyampaikan amanat kepada murid-murid Tahun 4 agar boleh mengadaptasi dengan sesi pagi yang lain daripada sesi petang. Untuk murid Tahun 5, peringatan diberi agar tidak leka dalam pembelajaran dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan besar pada tahun 2020. Akhirnya untuk murid Tahun 6 agar senantiasa fokus dan seronok untuk datang ke sekolah dan menimba ilmu.
MAKLUMAN WAKTU KOKURIKULUM 2019
Makluman Waktu Kokurikulum 2019
Berikut merupakan waktu kokurikulum 2019. Hanya murid tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) terlibat dengan aktiviti kokurikulum.
Segala penglibatan aktiviti kokurikulum akan direkod dalam PAJSK.
Berikut merupakan waktu kokurikulum 2019. Hanya murid tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) terlibat dengan aktiviti kokurikulum.
Segala penglibatan aktiviti kokurikulum akan direkod dalam PAJSK.




























