MAKLUMAN PELANCARAN MINGGU BAHASA SKTPP2 2023/2024
MAKLUMAN CUTI SEKOLAH PENGGAL 1 2023/2024
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Makluman cuti sekolah Penggal 1 selama 10 hari akan bermula dari 27 Mei sehingga 4 Jun 2023 dan seterusnya cuti sempena Hari Keputraan YDP Agong pada 5 Jun 2023 ( Isnin ). Oleh itu, sesi pembelajaran akan bersambung pada 6 Jun 2023 ( Selasa ).
Selamat bercuti kepada warga SkTPP2.
Laporan Perhimpunan Minggu ke 7 ( Sesi Pagi )
Tarikh : 8 Mei 2023 - 12 Mei 2023
Nama Guru Bertugas pada minggu ini ialah :-
1. Kavita
2. Zuraini binti Ismail
3. Noraini binti Yusof
4. Farah Hanis binti Ramli
5. Razis
6. Md Suhaidi
Tema: Sopan-santun
Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-6 (Sesi Pagi)
Tarikh: 2 Mei 2023
Tema: Bertanggungjawab- Pengurusan Masa
Guru Bertugas
1. Wan Marhaini binti Wan Muhammad (K)
2. Wan Pakhitah binti Wan Mohamed
3. Norazmah binti Che Omar
4. Mohd Norizi bin Mohamed
5. Siti Norasyeqah binti Besar
6. Noorhisham bin Mohamad
Cuti Umum
1 Mei 2023-Isnin (Hari Pekerja)
3 Mei 2023- Khamis (Hari Wesak)
Aktiviti
1. Tiada aktiviti dijalankan pada minggu ini.
2. Murid belajar di kelas, berkumpul selepas rehat dan mendengar maklumat daripada guru bertugas.
3. Disiplin murid terkawal.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN RAMADAN 2023/2024
Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Ramadhan 2023/2024 telah diadakan pada:
Tarikh : 18 April 2023 Hari : Selasa Masa : 7.45 - 10.30 pagi Tempat : Dewan terbuka SKTPP2
Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi Program Ihya Ramadan dan Sumbangan Ramadan berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua pentadbir, barisan AJK , guru-guru serta murid-murid yang telah menjayakan program ini . Semoga ibadah kita tahun ini diberkati Allah SWT.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN RAMADAN 2023/2024
Pada 18 April 2023 bersamaan 27 Ramadan 1444H yang lalu, satu program yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam iaitu Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Ramadan telah dijalankan.
Program ini telah berlangsung di dewan terbuka dan melibatkan murid-murid sesi petang. Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Zakee bin Abdullah Zawawi. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Penyelaras Program iaitu Ustazah Juslinda binti Bakar. Selesai ucapan daripada Penyelaras Program, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Penolong Kanan Petang, Ustaz Md Noor bin Billak.
Majlis beranjak maju dengan penyampaian Sumbangan Ramadan kepada murid-murid kurang berkemampuan dan anak yatim sekolah hasil daripada kutipan derma seluruh warga sekolah sepanjang bulan Ramadan. Semoga sumbangan ini dapat memberikan sedikit keceriaan kepada murid-murid berkenaan.
Atur cara majlis diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Hafidzuddin bin Yahya bersama dengan 20 orang murid. Khalifah khatam dan murid-murid mengalunkan bacaan Selepas itu, penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Penolong Kanan Petang, Ustaz Md Noor bin Billak kepada khalifah khatam dan murid-murid khatam Al-Quran.
Majlis bertambah meriah apabila guru dan murid dipertontonkan dengan persembahan nyanyian berkumpulan daripada murid-murid tahun 2 dan 3 dengan lagu yang bertajuk Rahmatun Lil’Alameen. Majlis ini dengan jayanya berakhir tepat jam 5.20 petang.
Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN BERGAMBAR















.png)













.png)









