JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SESI PETANG 2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

  Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan SKTPP2 2023 bagi sesi petang telah dijalankan pada 21 Ogos 2023. Majlis dirasmikan oleh Penolong Kanan Petang, En Md Noor bin Billak dengan Tema Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. Gimik persembahan pada majlis ini adalah dengan melengkapkan logo yang disempurnakan oleh perasmi majlis iaitu En Md Noor bin Billak. Majlis diserikan dengan persembahan dari murid-murid dari kelas 3 Dedap dengan nyanyian lagu patriotik. Laungan Kemerdekaan diketuai oleh Ustaz Md Noor dan diikuti dengan nyayian lagu -lagu patriotik. Berikut merupakan suasana sekitar sambutan Bulan Kemerdekaan 2023.  Murid-murid sangat bersemangat meraikan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan SKTPP2 2023.


LAMPIRAN BERGAMBAR












































Share:

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SESI PAGI 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan SKTPP2 2023 Majlis dirasmikan oleh Penolong Kanan Kurikulum Puan Zulastri Binti Mohd Zahidi dengan Tema Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Gimik persembahan adalah pelancaran roket bendera serta melepaskan burung merpati simbolik bebas dari penjajah Majlis mengalu-alukan Kedatangan NYDP PIBG Mohamat Rahmat Bin Sahman , barisan pentadbir, guru-guru serta murid-murid. Majlis diserikan dengan persembahan dari murid-murid Tahap 2, PPKI serta murid Pra Sekolah Laungan Kemerdekaan diketuai oleh Cikgu Muhammad Zuhaini dan diikuti dengan nyayian lagu -lagu patriotik. Berikut merupakan suasana sekitar sambutan Bulan Kemerdekaan 2023 . Murid-murid sangat bersemangat meraikan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Tahniah diucapkan
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 18 (SESI PETANG)

 

Pada 31 Julai 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula tepat pada jam 5.55  petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Cikgu Normah.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ini, iaitu:

  1. Cikgu Normah
  2. Cikgu Khairul Anuar
  3. Cikgu Rena
  4. Cikgu Salmi
  5. Cikgu Sarah

 

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu, iaitu bertanggunggjawab: Rajin. Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.

 

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Memberikan nasihat berkaitan disiplin
  2. Mengucapkan tahniah kepada peserta yang mewakili sekolah dalam pertandingan Tennis

 

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

NORMAH BINTI SHAFIEI

Ketua Guru Bertugas Minggu 18



LAMPIRAN BERGAMBAR







 

 

Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 17 (SESI PETANG)

 

Pada 24 Julai 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula pada 5.40 petang telah diadakan satu pertunjukkan demonstrasi karate. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.10  petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Puan Mazilah binti Jamaludin.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ke 17 persekolahan, iaitu:

  1. Encik M. Shahrizam
  2. Puan Mariam
  3. Puan Raslinda
  4. Puan Rasina
  5. Puan Faziha
  6. Cik Noor Syazwani

 

Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu, iaitu Kegembiraan-Interaksi Sihat. .Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan. Selain itu, beliau turut mengingatkan murid jika tidak sihat tidak perlu hadir ke sekolah.

 

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengingatkan murid supaya menjaga kebersihan kelas dengan membuang sampah yang ada dalam meja ke dalam tong sampah.
  2. Meminta murid meletakkan kerusi di atas meja sebelum balik pada setiap hari.
  3. Memberitahu murid tentang keleihan puasa sunat pada 10 Muharam.

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

MAZILAH BINTI JAMALUDIN

Ketua Guru Bertugas Minggu 17


LAMPIRAN BERGAMBAR









Share:

LAPORAN BENGKEL INOVASI e-HIJAIYYAH 2023

 Pada 22 Julai 2023 bersamaan hari Sabtu, satu Bengkel Inovasi e-Hijaiyyah anjuran Panitia Pendidikan Islam telah diadakan bertempat di Bilik Anggerik, SKTPP2.  Bengkel ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari.  Bengkel ini juga telah disampaikan oleh Ustaz Mazli Zain, Pensyarah Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.


LAMPIRAN BERGAMBAR


Rajah 1 Modul Pembelajaran e-Hijaiyyah


Rajah 2 Ustaz Mazli Zain sedang menyampaikan bengkel kepada para asatizah


Rajah 3 Para asatizah SKTPP2 memberikan sepenuh tumpuan sepanjang bengkel berlangsung


Rajah 4 Puan Zulastri, PK Pentadbiran sedang menyampaikan ucapan


Rajah 5 Penyampaian cenderahati disampaikan oleh PK Petang, Ustaz Md. Noor


Rajah 6 Sesi bergambar penceramah bersama-sama dengan para asatizah SKTPP2



Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 16 (SESI PETANG)

 

Pada 17 Julai 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula pada jam 6.00  petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Cikgu Mazwan bin Muhammad.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ke-16 persekolahan, iaitu:

  1. Cikgu Mazwan
  2. Cikgu Salmizi
  3. Ustazah Saerah
  4. Ustazah Aziah
  5. Cikgu Merawati
  6. Cikgu Hafizah

 

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu ini, iaitu Kegembiraan-kemesraan.  Selain itu, beliau juga menasihatkan kepada murid supaya sentiasa berdisiplin dan menjaga tingkah laku ketika berada di sekolah supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.

 

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Meminta murid sentiasa menjaga kesihatan dan jika tidak sihat tidak perlu hadir ke sekolah.
  2. Mengingatkan semua murid agar sentiasa menjaga tingkah laku yang baik ketika berada di sekolah.
  3. Memaklumkan kepada semua murid tentang perkara-perkara yang dianjurkan dalam agama Islam pada hari akhir dan awal tahun hijrah.
  4. Memaklumkan Cuti Awal Muharram (rabu – 19 Julai 2023 bersamaan 1 Muharram 1445h).

 

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

MAZWAN BIN MUHAMMAD

Ketua Guru Bertugas Minggu 16.



LAMPIRAN BERGAMBAR






 

Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI UNIT BERUNIFORM MINGGU KE-16 (SESI PAGI)

  Pada 17 Julai 2023 bersamaan hari Isnin, satu perhimpunan rasmi Unit Beruniform telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula tepat pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.

 Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah.  Lafaz ikrar ini telah diketuai oleh pengawas sekolah.

 Selesai lafaz ikrar, majlis beranjak maju dengan bacaan doa yang turut dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Encik Ahmad Syazwan bin Armi.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ke-16 persekolahan, iaitu:

  1. Encik Ahmad Syazwan
  2. Puan Nur Atikah
  3. Encik Wan Muhd. Lutfi
  4. Puan Rohaila
  5. Puan Noor Hafizan
  6. Cik Nor Sa'adah

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu ke-16 persekolahan, iaitu Kegembiraan - Kemesraan.  Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.  Ustaz Ahmad Syazwan memberikan fokus kepada Penggunaan Mesra Tandas.


UCAPAN GURU DISIPLIN

 Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Unit Disiplin yang telah diberikan oleh Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin bin Senin selaku Ketua Guru Disiplin.  Di dalam ucapannya, beliau menyampaikan tiga perkara, iaitu:

  1. Menekankan hormat kepada guru di dalam majlis merupakan perkara utama dan pertama yang wajib dilakukan oleh murid.
  2. Menegaskan kepada murid untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala buli sama ada buli fizikal mahupun buli lisan.
  3. Mengingatkan kepada murid-murid yang mewakili sekolah dalam sukan agar memastikan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru mata pelajaran disiapkan.


UCAPAN WAKIL PENTADBIR

  Majlis beranjak maju dengan ucapan daripada Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Siti Raudah binti Hamid.  Beliau mengucapkan tahniah kepada murid-murid kerana menjayakan perhimpunan Unit Beruniform dengan memakai pakaian Unit Beruniform masing-masing.  Beliau turut memaklumkan kepada murid-murid akan etika pemakaian Unit Beruniform yang betul dan tepat.


UCAPAN GURU BESAR

  Majlis diakhiri dengan ucapan dan mandat yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha, Encik Zanuddin Bin Sanuan, Guru Besar SKTPP2.  Antara intipati ucapan beliau ialah:

  1. Beliau memaklumkan akan keadaan tandas sekolah yang sudah diperbaiki dan meminta kerjasama dan jasa baik murid-murid untuk menggunakan dengan penuh tanggungjawab.
  2. Beliau menzahirkan rasa kebanggaan dengan mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya mengharumkan nama sekolah dalam sukan-sukan yang diwakili oleh mereka.
  3. Beliau menegaskan kepada murid agar senantiasa fokus dalam akademik di samping menjaga kelakuan dan disiplin agar menjadi murid yang baik dan hebat akhlaknya.

 Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 8.00 pagi dan semua murid beredar naik ke kelas masing-masing dalam keadaan yang teratur.


Laporan Disediakan Oleh,

AHMAD SYAZWAN BIN ARMI,
Ketua Guru Bertugas Minggu Ke-16.


 LAMPIRAN BERGAMBAR


Rajah 1 Pengerusi Majlis Perhimpunan Unit Beruniform Minggu 16



Rajah 2 Lafaz Ikrar yang dipimpin oleh pengawas yang bertugas


Rajah 3 Bacaan doa yang dipimpin oleh Ketua Pengawas Sekolah


Rajah 4 Murid-murid dengan pemakaian Unit Beruniform masing-masing


Rajah 5 Ucapan daripada Ketua Guru Bertugas Mingguan, Ustaz Ahmad Syazwan


Rajah 6 Ucapan daripada Unit Disiplin yang disampaikan oleh Ketua Guru Disiplin


Rajah 7 Ucapan daripada Penolong Kanan Kokurikulum


Rajah 8 Ucapan daripada Tuan Guru Besar, SKTPP2


Rajah 9 Barisan guru bertugas bagi minggu 16




Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts