JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI UNIT BERUNIFORM MINGGU KE-16 (SESI PAGI)

  Pada 17 Julai 2023 bersamaan hari Isnin, satu perhimpunan rasmi Unit Beruniform telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis bermula tepat pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.

 Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah.  Lafaz ikrar ini telah diketuai oleh pengawas sekolah.

 Selesai lafaz ikrar, majlis beranjak maju dengan bacaan doa yang turut dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Encik Ahmad Syazwan bin Armi.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ke-16 persekolahan, iaitu:

  1. Encik Ahmad Syazwan
  2. Puan Nur Atikah
  3. Encik Wan Muhd. Lutfi
  4. Puan Rohaila
  5. Puan Noor Hafizan
  6. Cik Nor Sa'adah

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu ke-16 persekolahan, iaitu Kegembiraan - Kemesraan.  Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.  Ustaz Ahmad Syazwan memberikan fokus kepada Penggunaan Mesra Tandas.


UCAPAN GURU DISIPLIN

 Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Unit Disiplin yang telah diberikan oleh Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin bin Senin selaku Ketua Guru Disiplin.  Di dalam ucapannya, beliau menyampaikan tiga perkara, iaitu:

  1. Menekankan hormat kepada guru di dalam majlis merupakan perkara utama dan pertama yang wajib dilakukan oleh murid.
  2. Menegaskan kepada murid untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala buli sama ada buli fizikal mahupun buli lisan.
  3. Mengingatkan kepada murid-murid yang mewakili sekolah dalam sukan agar memastikan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru mata pelajaran disiapkan.


UCAPAN WAKIL PENTADBIR

  Majlis beranjak maju dengan ucapan daripada Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Siti Raudah binti Hamid.  Beliau mengucapkan tahniah kepada murid-murid kerana menjayakan perhimpunan Unit Beruniform dengan memakai pakaian Unit Beruniform masing-masing.  Beliau turut memaklumkan kepada murid-murid akan etika pemakaian Unit Beruniform yang betul dan tepat.


UCAPAN GURU BESAR

  Majlis diakhiri dengan ucapan dan mandat yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha, Encik Zanuddin Bin Sanuan, Guru Besar SKTPP2.  Antara intipati ucapan beliau ialah:

  1. Beliau memaklumkan akan keadaan tandas sekolah yang sudah diperbaiki dan meminta kerjasama dan jasa baik murid-murid untuk menggunakan dengan penuh tanggungjawab.
  2. Beliau menzahirkan rasa kebanggaan dengan mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya mengharumkan nama sekolah dalam sukan-sukan yang diwakili oleh mereka.
  3. Beliau menegaskan kepada murid agar senantiasa fokus dalam akademik di samping menjaga kelakuan dan disiplin agar menjadi murid yang baik dan hebat akhlaknya.

 Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 8.00 pagi dan semua murid beredar naik ke kelas masing-masing dalam keadaan yang teratur.


Laporan Disediakan Oleh,

AHMAD SYAZWAN BIN ARMI,
Ketua Guru Bertugas Minggu Ke-16.


 LAMPIRAN BERGAMBAR


Rajah 1 Pengerusi Majlis Perhimpunan Unit Beruniform Minggu 16



Rajah 2 Lafaz Ikrar yang dipimpin oleh pengawas yang bertugas


Rajah 3 Bacaan doa yang dipimpin oleh Ketua Pengawas Sekolah


Rajah 4 Murid-murid dengan pemakaian Unit Beruniform masing-masing


Rajah 5 Ucapan daripada Ketua Guru Bertugas Mingguan, Ustaz Ahmad Syazwan


Rajah 6 Ucapan daripada Unit Disiplin yang disampaikan oleh Ketua Guru Disiplin


Rajah 7 Ucapan daripada Penolong Kanan Kokurikulum


Rajah 8 Ucapan daripada Tuan Guru Besar, SKTPP2


Rajah 9 Barisan guru bertugas bagi minggu 16




Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts