LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE- 24 (SESI PAGI)
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 24 (SESI PETANG)
Pada 18 September 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.10 petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.
UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS
Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Encik Muhammad Salmizi Bin Salim . Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ke 24 persekolahan, iaitu:
1. Encik Muhammad Salmizi
2. Puan Saerah
3. Puan Norhafizah
4. Puan Noraziah
5. Encik Mazwan
6. Cik Merawati
Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu, iaitu Hormat menghormati - Mematuhi peraturan setempat. Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan. Selain itu, beliau turut mengingatkan murid jika tidak sihat tidak perlu hadir ke sekolah.
UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG
Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2. Antara intipati ucapan ialah:
1. Mengingatkan murid supaya menjaga adab bersama guru dan seluruh warga sekolah.
2. Meminta murid sentiasa mematuhi peraturan sekolah
3. Memberitahu murid untuk hadir bersama ibubapa untuk memberi sokongan sempena hari sukan sekolah pada 23 September nanti
Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.
Laporan Disediakan Oleh,
MUHAMMAD SALMIZI BIN SALIM
Ketua Guru Bertugas Minggu 24
LAMPIRAN BERGAMBAR
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI KE 23 (SESI PETANG)
Pada 11
September 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan
SKTPP2. Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula pada 5.40 petang telah
diadakan satu majlis penyampaian hadiah bagi acara sukaneka sempena Kesutra
2023. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.10 petang dengan nyanyian
lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian,
majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa
yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.
UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS
Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas,
iaitu Encik Muhammad Syamil bin Yahya. Beliau memaklumkan kepada
murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu pertama persekolahan,
iaitu:
- Puan Suriayati
- Puan Rina
Wati
- Puan Juslinda
- Puan Nor
A’fifah
- Puan Siti Suriati
Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid
berkenaan tema untuk minggu, iaitu Kegembiraan – Negaraku Merdeka. Murid
dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan.
Selain itu, beliau turut mengingatkan murid jika tidak sihat tidak perlu hadir
ke sekolah.
UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG
Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md
Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2. Antara intipati ucapan ialah:
- Mengingatkan
murid supaya sentiasa menjaga disiplin Ketika berada di sekolah.
- Mengucapkan
tahniah kepada murid yang terlibat dan memperoleh hadiah dalam acara
sukaneka.
Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan
semua murid beredar untuk pulang.
Laporan Disediakan Oleh,
MUHAMMAD
SYAMIL BIN YAHYA
Ketua Guru Bertugas Minggu 23
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-23 (SESI PAGI)
Tarikh: 11 September hingga 15 September, 2023
Tema: KEGEMBIRAAN: NEGARAKU MERDEKA
Guru yang bertugas;
- Farah Hanis binti Ramli
- Mohd Razis bin Md Shainisi
- Zuraini bte Ismail
- Md Suhaidi bin Md Sabar
- Kavita a/p Kandiah
- Noraini binti Yusoff
Laporan:
1. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
2. Murid membaca doa dan ikrar. Pengawas yang bertugas seperti berikut;
Bacaan doa - Saifullah (6 Mawar)
Bacaan ikrar - Zarif Fikri (6 Cempaka)
Pengerusi Majlis - Fakhira Nabihah (6 Cempaka)
4. Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada peserta Bicara Buku Peringkat Negeri Selangor 2023 dan penyampaian Anugerah Naib Johan Nilam Peringkat Daerah Sepang (2022) bagi kategori Bahasa Inggeris kepada Gautam a/l Govindan @Muralitharan.
5. Agenda seterusnya ialah penyampaian penghargaan kepada kelas terbersih pada minggu lepas.
Kelas terbersih Tahun 6: Tahun 6 Cempaka
Kelas Terbersih Tahun 5: Tahun 5 Kesidang
Kelas Terbersih Tahun 4: Tahun 4 Kesidang
PROGRAM GOTONG -ROYONG MADANI SKTPP2 2023
LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-22 (SESI PAGI)
Tarikh: 4-8 September, 2023
Tema: Hormat-menghormati Kepelbagaian Agama, Budaya dan Etnik
Guru Bertugas
1. Norazmah binti Che Omar (K)
2. Wan Marhaini binti Wan Muhammad
3. Wan Pakhitah binti Wan Mohamed
4. Mohd Norizi bin Mohamed
5. Siti Norasyeqah binti Besar
6. Noorhisham bin Mohamad
Laporan:
1. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
2. Murid membaca doa dan ikrar. Pengawas yang bertugas seperti berikut;
Bacaan doa - Muaz (6Angsana)
Bacaan ikrar (6 Cempaka)
3. Cikgu Norazmah berucap berkenaan tema pada minggu ini. Beliau meminta murid menghormati kepelbagaian agama, budaya dan etnit. Dengan itu, barulah keharmonian dalam kalangan masyarakat dapat dipupuk.




















.jpeg)


.jpg)


.jpg)


.jpg)


.jpg)
.jpg)



























