JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 24 (SESI PETANG)

 Pada 18 September 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.10  petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS 

Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Encik Muhammad Salmizi Bin Salim . Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk  minggu  ke 24 persekolahan, iaitu:

1. Encik Muhammad Salmizi

2. Puan Saerah

3. Puan Norhafizah

4. Puan Noraziah

5. Encik Mazwan

6. Cik Merawati


Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu, iaitu Hormat menghormati - Mematuhi peraturan setempat. Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan. Selain itu, beliau turut mengingatkan murid jika tidak sihat tidak perlu hadir ke sekolah.


UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

1. Mengingatkan murid supaya menjaga adab bersama guru dan seluruh warga sekolah.

2. Meminta murid sentiasa mematuhi peraturan sekolah 

3. Memberitahu murid untuk hadir bersama ibubapa untuk memberi sokongan sempena hari sukan sekolah pada 23 September nanti

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.


Laporan Disediakan Oleh,

MUHAMMAD SALMIZI BIN SALIM 

Ketua Guru Bertugas Minggu 24


LAMPIRAN BERGAMBAR








Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts