Tuesday, August 27, 2013

LAWATAN PENANDAARAS KE SK JALAN 3, BANDAR BARU BANGI


Mengikut rekod PPD, sekolah-sekolah di Sepang masih belum menerima TB/SKK/SBT sejak 2011. Sehubungan itu, sebagai langkah merealisasikan Sekolah Tawaran Baru / Sekolah Kluster Kecemerlangan / Sekolah Berprestasi Tinggi dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Kementerian Pelajaran, PPD Sepang menyahut cabaran dan berusaha menjadikan sekolah-sekolah di Daerah Sepang  dapat dicalonkan sekolah TB/SKK/SBT mulai 2013. Sehingga kini, masih tiada sekolah-sekolah di Sepang mendapat sekolah TB/SKK/SBT. Sehubungan itu, PPD berinisiatif agar sekolah ini terpilih ke arah sekolah TB/SKK/SBT dalam kalangan 20 buah sekolah di daerah Sepang dalam tempoh beberapa tahun lagi. Lawatan penandaarasan guru-guru dan staf SKTPP2 ke sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi seperti dinyatakan dalam usaha sekolah untuk melaksanakan Program Sekolah Tawaran Baru / Sekolah Kluster Kecemerlangan/Sekolah Berprestasi Tinggi (TB/SKK/SBT) 2013-2015. Lawatan ini telah diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh               : 26 Ogos 2013
Masa                : 2.00  – 5.00 petang
Tempat             : SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor


TENTATIF LAWATAN PENANDAARASAN

2.00 pm    : Tiba di SK Jalan 3
2.30 pm    : Taklimat ringkas di Bilik Wawasan
                    Ucapan Alu-aluan Guru Besar SK Jalan 3
                    Ucapan Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2
                    Persembahan slaid
                    Perbincangan Profesionalisme 
                    Penyampaian cenderamata
3.30 pm    : Melihat latihan Rentak Budaya - Bilik Muzik
                    Sesi bergambar - Dewan
                    Lawatan ke bilik-bilik khas dan persekitaran sekolah
                    Melihat fail dan dokumentasi
5.00 pm    : Minum petang
                    Bersurai


BERTOLAK DARI SKTPP2 JAM 1.45 PM
KETIBAAN WARGA SKTPP2 DI SK JALAN 3 DAN UCAPAN DARIPADA GURU BESAR

PERSEMBAHAN SLAID DAN PENYAMPAIAN CENDERAMATA
MELAWAT PERSEKITARAN SEKOLAH

MELAWAT BILIK-BILIK KHAS

ANTARA BILIK-BILIK KHAS YANG TERDAPAT DI SK JALAN 3

SESI BERGAMBAR


 

No comments:

Post a Comment