Wednesday, August 21, 2013

PERISTIWA DI SEBALIK AIDILFITRI

Pada 19 Ogos 2013 yang lalu ketika semua umat Islam sedang bergembira menyambut kemeriahan Aidilfitri, kita telah digemparkan dengan berita duka yang melibatkan anak didik SKTPP2 iaitu Adik Aliya Elisha bt Abd Rahim dari kelas 2 Baiduri yang juga merupakan anak yatim telah ditimpa kemalangan di mana beliau menjadi mangsa akibat kecuaian insan lain. Beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Marilah kita bersama-sama mendoakan supaya beliau cepat sembuh dan dapat kembali menjalani hidup sebagai murid SKTPP2 seperti sediakala. Diharap kejadian ini dapat menjadi ikhtibar kepada kita semua betapa bahayanya 'bahan api mercun' ini.

                                    En. Mior Hussin b. Othman (PK HEM) melawat adik Alisha.

         * Kami warga SKTPP2 amat mengalu-alukan sumbangan anda semua kepada adik Alisha bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga beliau.

No comments:

Post a Comment