JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PROGRAM ANAKKU SAYANG 2013

Program Anakku Sayang 2013 adalah satu program anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Sepang dengan kerjasama semua guru termasuk pentadbir sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2. Program ini akan berlangsung sepanjang bulan Julai dan Ogos 2013 dan melilbatkan semua guru sesi petang sebagai ibubapa angkat dan murid linus tahun 1,2 dan 3 sebagai anak angkat. Antara objektif yang disasarkan adalah untuk:

  1. Membantu murid linus menguasai kemahiran yang belum dikuasai
  2. Membantu mengurangkan bilangan murid yang masih tidak menguasai literasi dan numerasi di sekolah
  3. Memberi bimbingan ekslusif kepada murid-murid linus.
  4. Melibatkan guru secara aktif dalam memberi bimbingan kepada murid linus
  5. Memupuk semangat dan kerjasama dalam kalangan guru dan juga murid
Satu taklimat ringkas berkaitan perlaksanaan program dan cara penggunaan modul yang dibekalkan oleh PPD  Sepang telah diadakan pada 13 julai 2013 yang lalu disampaikan oleh Pn. Wan Nor Azura Binti W Mohd Ghani. Pada  Isnin 16 Julai telah diadakan majlis penyerahan anak angkat (murid) kepada ibubapa angkat (guru) berserta modul yang telah dibekalkan oleh pihak PPD Sepang yang telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Petang, Pn. Norlela Binti Hashim.
gambar yang telah dirakam sepanjang majlis penyerahan anak angkat.



- Pn Norlela menerima anak angkat Mohammad Syafie Nasri B Nasri 3 Zamrud dan Modul Linus. 


-Pn Yuzainismar bersama anak angkat Mohammad Isyraf Idham dan Mohammad Isyraf Irham 2 Nilam dan Modul Linus. 


-Cik Margerat Ann pula menerima Sasidaran A/L Kanabathi dan Syed Asraf B Syaid A. Wahab 2 Zamrud sebagai anak angkat.


- En. Sahrom menerima Muhammad Daim Danial B Mohd Noordin 1 Zamrud dan Muhammad Iqbal Rejab B Mohd noor Azlan 2 Zamrud sebagai anak angkat.


-Cik Noraini Binti Yusoff menerima Aliff Danial B Jafri 1 Zamrud 


-Pn Tuan Norhaleza menerima Tashvenjit Singht A/L Sangit Singht 2 Nilam sebagai anak angkat.






Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts