LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI MINGGU 15 / 2015
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Majlis perhimpunan pada pagi yang mulia ini dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah serta Lagu Malaysia Berjaya.
Seterusnya bacaan doa, Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah oleh pengawas yang bertugas pada minggu ini.
Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan Ketua Guru Bertugas iaitu Cik Nor Sa'adah binti Sabidin. Beliau memperkenalkan barisan guru-guru yang bertugas antaranya :-
1. Pn. Aliza bt Ahad
2. Pn. Fauziah bt Solehudin
3. En. Ezol Fitri b Ahmad Muniran
4. Pn. Suzianti bt Suhaimi
5. Pn. Roselind bt Mustapha
6. Pn. Nur Hafizah bt Othman
Ketua guru bertugas mengingatkan bahawa sekiranya murid-murid menghadapi sebarang masalah atau memerlukan sebarang bantuan bolehlah berjumpa dengan guru-guru bertugas tersebut.
Tema pada minggu ini adalah Ciri-ciri peribadi terpuji. Antara isi yang disampaikan berkaitan tema tersebut adalah :-
- Sentiasa menghormati orang lain samada orang yang lebih tua, sebaya mahupun yang lebih muda. Dalam konteks sekolah, murid perlu menanamkan sikap menghormati orang yang lebih tua, seperti guru-guru, pekerja kantin, pengawal keselamatan dan pekerja kebersihan. Manakala rakan sebaya seperti rakan sealiran dan yang lebih muda seperti murid pra sekolah dan sebagainya.
- Mempunyai sikap suka membantu dan menolong orang yang memerlukan.
- Bersikap amanah, jujur dan sentiasa berkata benar. Melaksanakan setiap tanggungjawab dengan baik.
- Menjauhi penyakit-penyakit hati seperti dengki, dendam, sombong dan sebaginya yang boleh mencetuskan pergaduhan samada sesama rakan mahupun dengan warga sekolah yang lain.
Majlis perhimpunan diteruskan dengan Program 5 minit PPDA di bawah tajuk, Akibat Pengambilan Dadah Sintetik.
- Penagih akan mengalami masalah gangguan mental samada untuk tempoh sementara atau kekal sepanjang hayat.
- Penagih mengalami masalah paranoid hingga terdorong bertindak di luar kawalan termasuk melakukan jenayah seperti samun, rogol dan bunuh.
- Merangsang fikiran separuh sedar seperti penagih bertindak agresif sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi.
KETUA GURU BERTUGAS : CIK NOR SA'ADAH BINTI SABIDIN |
TEMPAT KETIGA BAGI KATEGORI CHORAL SPEAKING |
TEMPAT KEDUA BAGI KATEGORI STORY TELLING |
TEMPAT KETIGA BAGI KATEGORI KEJOHANAN TENIS MSSD |
TEMPAT KETIGA BAGI KATEGORI PERTANDINGAN SAHIBA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH SEPANG (MEWAKILI DAERAH KE PERINGKAT NEGERI) |
SAGUHATI BAGI KATEGORI PERTANDINGAN SAHIBA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH SEPANG |
Majlis diteruskan dengan Pelancaran Minggu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris bagi Tahun 2015 serta ucapan daripada Tuan Guru Besar En. Kamsani bin Sahlan.
Antara isi ucapan yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar berkaitan Tema Ciri-ciri Peribadi Terpuji adalah seperti berikut :-
- Menjadi pendengar yang baik. Jangan bercakap sewaktu orang lain sedang bercakap atau menyampaikan maklumat.
- Biasakan diri mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu dairpada orang lain.
- Jadilah orang yang berbudi bahasa dan bersopan santun.
- Diam itu lebih baik daripada berkata yang sia-sia.
- Hidup perlu berbudi dan beradab sopan.
Kemudian, majlis diteruskan dengan Ucapan Perasmian Minggu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris bagi Tahun 2015 oleh Tuan Guru Besar.
PENGACARA MAJLIS BAGI PELANCARAN MINGGU BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS |
GIMIK PERASMIAN |
GIMIK PERASMIAN |
PERSEMBAHAN MURID |
Dengan berakhirnya majlis pelancaran tersebut, maka berakhirlah perhimpunan rasmi pada minggu ini dan disudahi dengan sekian terima kasih.
Disediakan oleh,
Cik Nor Sa'adah binti Sabidin
No comments:
Post a Comment