JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN – MINGGU KE 31 (SESI PAGI)

Perhimpunan minggu ke 31 ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku,Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Aktiviti perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.

Guru Bertugas pada minggu ini adalah :

1.       PUAN IZZATUL HUSNA BINTI MAT NOH
2.       PUAN NADHRAH BINTI AB SATAR
3.       PUAN SHARULNIZA BINTI AB AJIS
4.       PUAN NOR AISYAH BINTI ZULKIFLI
5.       PUAN NUR SYAFRIDA BINTI IBRAHIM
6.       CIK MARGARET ANN
7.       ENCIK AHMAD ZAKI BIN TAMSIR

Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan guru bertugas, PUAN IZZATUL HUSNA BINTI MAT NOH yang menyentuh topik “Identiti Negara”. Ucapan ini menekankan 6 identiti negara iaitu
·         Rukun Negara
·         Lagu “Negaraku”
·         Jata Negara
·         Jalur Gemilang
·         Bahasa Kebangsaan
·         Bunga Kebangsaan

Ucapan guru bertugas


Seterusnya, penyampaian token kelas terbersih bagi minggu ke 2 bulan Ogos diumumkan. Puan Norlela dengan berbesar hati meyampaikan hadiah kepada wakil setiap kelas yang memenangi acara tersebut.
Penerima Token Kebersihan Minggu ke 2 Bulan Ogos 2016


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada salah seorang murid sekolah ini iaitu Puteri Aleesa Adryana (4UM), yang menyertai Kejohanan Taekwando Remaja Kebangsaan yang telah berlangsung di Stadium Badminton Cheras pada 19 hingga 21 Ogos 2016. Beliau telah ditabalkan sebagai Johan Reamaja Kebangsaan dalam acara ini. Sekalung tahniah daripada pihak SKTPP 2.

Puteri Aleesa Adryana (4UM)
Johan Kejohanan Taekwando Remaja Kebangsaan 2016

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts