JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN - MINGGU KE 31 (SESI PETANG)

LAPORAN PERHIMPUNAN

Minggu ini ialah minggu ke 31 bagi sesi persekolahan tahun 2016. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian  empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Aktiviti diteruskan dengan bacaan doa, bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid oleh pengawas yang bertugas.

Guru yang bertugas pada minggu ini ialah:

1)  PUAN UMMI NAZRAH BINTI IBRAHIM 
2)  PUAN NUR ZAYYANIASIRAH BINTI ZAMRI 
3)  PUAN NOR ANIS BINTI SUHAIMI
4)  PUAN MAHALETCHUMY A/P PERUMAL
5)  EN WAN ADLI BIN WAN DERAMAN

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan ketua  guru bertugas iaitu Pn Ummi Nazrah Binti Ibrahim. Tema pada minggu ini ialah Identiti Negara.Guru Bertugas telah menerangkan maksud Identiti Negara dan telah memfokuskan kepada beberapa aspek mengenai Identiti Negara, antaranya ialah:

·         Bendera Negara
·         Lagu Kebangsaan
·         Bunga Kebangsaan
·         Rukun Negara

Ucapan guru bertugas

Seterusnya guru bertugas mengumumkan pemenang pertandingan kelas terbersih bagi minggu ke 2 dan minggu ke 3 bulan Ogos. Bagi minggu kedua, kelas terbersih bagi tahun 1 dimenangi oleh tahun 1 UITM, Tahun 2 dimenangi oleh kelas 2 UM dan tahun 3 dimenangi oleh kelas 3 UUM. Manakala bagi minggu ketiga, untuk tahun 1 dimenangi oleh kelas 1 UUM, tahun 2 dimenangi oleh kelas 2 UTM dan tahun 3 kelas terbersih dimenangi oleh kelas 3 USM. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kelas-kelas yang memenangi kelas terbersih.








  
Akhir sekali, perhimpunan diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Petang iaitu En Farid Anuar Bin Shaari . Beliau memaklumkan kepada murid tentang kes ponteng sekolah/kelas. Tindakan yang tegas akan diambil sekiranya kejadian itu berulang lagi. Beliau juga mengingatkan murid-murid supaya tidak berlari dan sentiasa berhati-hati semasa turun dan naik tangga.

Ucapan Tn Penolong Kanan Petang

 Perhimpunan berakhir pada pukul 6.40 petang.


Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts