LAPORAN PERHIMPUNAN
Minggu ini
merupakan minggu ke-32 sesi persekolahan 2016. Perhimpunan dikendalikan oleh
pengawas bertugas yang ditugaskan untuk mengendalikan perhimpunan. Perhimpunan
dimulai dengan nyanyian;
- Lagu Negaraku
- Lagu Negeri Selangor
- Lagu Sekolah
- Lagu Malaysia Berjaya
Seterusnya
perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara, ikrar murid.
Ucapan Guru Bertugas
Guru Bertugas pada minggu ini adalah:
- PN. SYAHIDA BINTI AHMAD
- PN. SALINA BINTI HASHIM
- PN. SUZIANTI BINTI SUHAIMI
- PN. NORAZIAH BINTI ALI
- PN. WAN MARHAINI BINTI WAN MUHAMMAD
- PN. NOOR HAFIZAH BINTI CHE ABDUL RAHMAN
- EN. ZAWADI BIN ALI
Guru bertugas juga melaporkan keputusan kelas terbersih bagi minggu ke-4 bulan Ogos
Tahun 4: kelas 4 USM
Tahun 5: kelas 5 USM
Ucapan
dari Puan Norlela binti Hashim (PK Kurikulum)
- Semua murid diminta menjaga kesihatan memandangkan cuaca yang tidak begitu sihat pada masa kini.
- Murid tahun 6 diingatkan mengenai Ujian Aptitud yang akan diadakan pada 30 Ogos 2016 (Selasa) agar membawa alat tulis.
- Murid tahun 6 diingatkan supaya menjaga diri pada cuti Hari Kebangsaan 31 Ogos 2016 (Rabu) agar tidak tercedera dalam persediaan menghadapi peperiksaan UPSR.
- Murid tahun 6 juga dinasihatkan supaya sentiasa tumpukan perhatian terhadap maklumat- maklumat penting yang diberikan oleh guru disaat-saat akhir ini.
- Mereka juga dinasihatkan supaya sentiasa menghormati guru dalam mendapatkan keberkatan.
- Murid tahun 6 perlu sentiasa mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR.
- Murid tahun 5 juga dinasihatkan agar membuat persediaan dalam menghadapi Pentaksiran Sumatif 3.
No comments:
Post a Comment