JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN - MINGGU KE-28 ( SESI PAGI )

LAPORAN PERHIMPUNAN
Minggu ini ialah minggu ke-28 bagi sesi persekolahan tahun 2016. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. 

Aktiviti perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar murid.

Guru bertugas pada minggu ini adalah :

1. CIK FARAH HANIS BINTI RAMLI
2. PUAN ROHAILA BINTI ABDULLAH
3.  PUAN NUR LEEN BINTI ISMAIL
4. ENCIK EZOL FITRI BIN AHMAD MUNIRAN
5. PUAN SYARIFAH BINTI SULAIMAN
6. PUAN NORIZAN BINTI ISA

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh En. Kamsani bin Sahlan selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2. En. Kamsani bin Sahlan memaklumkan bahawa penjurian kantin peringkat kebangsaan akan bermula pada hari ini. Oleh itu, beliau berpesan kepada murid-murid supaya sentiasa menjaga kebersihan kantin dan sentiasa menjaga tingkah laku semasa berada di kantin. Guru Besar juga mengingatkan murid agar menghormati tetamu yang datang dengan mengucapkan 'Assalamualaikum' atau 'Selamat Sejahtera' kepada tetamu. Guru Besar berharap dengan kerjasama dan kerja keras para guru, murid dan pihak kantin, Cafe Putra akan menjadi Johan Pertandingan Kantin Peringkat Kebangsaan.





Perhimpunan sesi pagi tamat jam 8.00 pagi.

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts