JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE 29 (SESI PAGI)

Minggu 29
(7 Ogos 2017 - 11 Ogos 2017)

Pada 7hb. Ogos 2017 bersamaan dengan hari Isnin seperti biasa telah dijalankan perhimpunan rasmi SK Taman Putra Perdana 2.  Tepat jam 7.25 pagi, semua murid telah berhimpun di dataran perhimpunan sebagai persediaan sebelum perhimpunan rasmi dimulakan.


Rajah 1 Murid berhimpun di dataran perhimpunan sebelum majlis bermula


Tepat jam 7.35 pagi, perhimpunan rasmi Isnin dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.  Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil murid.


UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
Agenda seterusnya ialah Ucapan Guru Bertugas Mingguan, iaitu Puan Norizan.  Beliau telah memaklumkan kepada murid-murid akan guru-guru yang bertugas sepanjang minggu 29 ini, iaitu:

1. Puan Norizan
2. Puan Mazilah
3. Puan Faiza Citra
4. Puan Mahaletchumy
5. Puan Lee Sau Mei
6. Encik Zawadi
7. Ustaz Rosmadi
8. Encik Fakhrurrazi

Murid-murid dimaklumkan bahawa sekiranya menghadapi masalah, maka boleh berjumpa dengan guru-guru yang telah dinyatakan. 

Ucapan guru bertugas mingguan diteruskan dengan penjelasan tema minggu 29, iaitu Warisan Seni Budaya (Seni Tari).  Puan Norizan memberitahu bahawa seni bukan sahaja melibatkan lukisan, malah seni termasuk dalam pelbagai kategori seperti Seni Lukis, Seni Tari, Seni Bina dan sebagainya.  Puan Norizan memberi fokus kepada Seni Tari dengan memberikan contoh seperti Zapin, Kuda Kepang, Makyong, Tarian Singa dan Bharatanatyam.

Ucapan beliau dipanjangkan lagi dengan penjelasan PPDa, iaitu Kesan Pengambilan Alkohol.  Antara kesannya ialah:

1. Boleh merosakkan sel-sel badan.
2. Melambatkan kadar penghantaran impuls saraf.
3. Membawa kematian.


Rajah 2 Ucapan Guru Bertugas Mingguan, Puan Norizan


UCAPAN GURU DISIPLIN

Agenda majlis berikutnya diteruskan dengan ucapan daripada Guru Disiplin, Ustaz Razis.  Ucapan beliau yang ringkas namun padat dengan makluman yang sepatutnya telah disampaikan kepada murid-murid.  Beliau meletakkan penegasan kepada murid-murid dan mengulang semula perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh murid-murid dan apa yang sepatutnya murid-murid lakukan sekiranya sesuatu terjadi kepada mereka.

Ustaz Razis mengakhiri ucapan dengan meletakkan harapan agar minggu 29 ini dapat berjalan lancar dengan sifar masalah disiplin yang timbul.


Rajah 3 Ucapan Guru Disiplin SK Taman Putra Perdana 2, Ustaz Razis


UCAPAN USTAZAH SALINA

Agenda ketiga diteruskan dengan majlis perhimpunan diambil alih oleh Ustazah Salina bagi memberi laluan untuk Pelancaran Bulan Dakwah Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2.

Makluman awal diberikan kepada guru-guru dan murid-murid akan tujuan program ini dilaksanakan dan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang program ini berlangsung.  Antaranya ialah 3 Minit Pidato oleh murid, Kem Bestari Solat dan sebagainya.


Rajah 4 Ucapan daripada Ustazah Salina


Ucapan beliau diakhiri dengan dijemput Tuan Guru Besar, Encik Zanudin bin Sanuan bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Bulan Dakwah Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2.


UCAPAN TUAN GURU BESAR DAN PERASMIAN

Agenda yang keempat ialah ucapan Tuan Guru Besar.  Beliau merumuskan ucapan yang telah disampaikan oleh guru bertugas mingguan, Puan Norizan, ucapan guru disiplin, Ustaz Razis dan ucapan penyelaras Bulan Dakwah, Ustazah Salina.

Beliau meletakkan harapan agar program yang dilaksanakan ini akan memberi manfaat yang besar dan diharapkan agar murid-murid merebut peluang yang ada untuk memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti yang telah direncanakan.

Ucapan beliau diakhiri dengan merasmikan Bulan Dakwah Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 dan menyempurnakan gimik perasmian.


Rajah 5 Ucapan dan perasmian oleh Tuan Guru Besar, Encik Zanudin bin Sanuan


3 MINIT PIDATO

Agenda terakhir majlis perhimpunan rasmi ialah 3 Minit Pidato bersempena Bulan Dakwah Peringkat Sekolah.  Aktiviti ini telah dijayakan oleh murid tahun 5 USM, iaitu adik Haikal dengan tajuk pidatonya, Hormati Ibu Bapa dan Guru.

Beliau telah menyampaikan pidato dengan penuh semangat dan jayanya serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid yang mendengar pidato daripadanya.


MURID PULANG KE KELAS

Murid-murid diminta kembali ke kelas masing-masing dalam keadaan senyap dan berbaris mengikut tangga yang telah ditetapkan.


~ LAPORAN TAMAT ~













Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts