Tuesday, August 8, 2017

LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE 29 (SESI PETANG)

Minggu 29
( 7 Ogos 2017 - 11 Ogos 2017)



Rajah 1 Murid berdiri tegak sebelum menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku


Perhimpunan rasmi Isnin, 7 Ogos 2017 dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.


Rajah 2 Wakil pengawas sekolah mengetuai bacaan Ikrar Rakun Negara



UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

Wakil guru bertugas, Cikgu Mohd Sazali bin Abd.  Rani mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah setiap hari serta membaca senarai guru yang bertugas pada minggu tersebut. Berikut merupakan guru yang bertugas:

1. Puan Mufidah Zafirah binti Mihat (Ketua)
2. Puan Siti Baizura binti Saarani
3. Puan Nor Atiqah binti Nasarudin
4. Puan Nurul Marshida binti Mohamad
5. Encik Mohd Sazali bin Abd. Rani
6. Puan Ernee (cuti bersalin)


Rajah 3 Ucapan wakil guru bertugas


PELANCARAN BULAN DAKWAH PERINGKAT SEKOLAH

Perhimpunan diteruskan dengan Pelancaran Bulan Dakwah Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 yang diketuai oleh Ustazah Hamidah binti Mohd Hassan.


Rajah 4 Ucapan yang disampaikan oleh Ustazah Hamidah

Ustazah Hamidah memaklumkan tujuan program ini dilaksanakan dan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sempena Bulan Dakwah Peringkat Sekolah. Ucapan belaiu diteruskan dengan perasmian Program Bulan Dakwah Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 oleh Puan Fauziah binti Salehoddin selaku Penolong Kanan Petang sekolah.






Rajah 5 Pelancaran Bulan Dakwah Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2



PENYAMPAIAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS MINGGUAN

Perhimpunan diteruskan dengan penyampaian keputusan kebersihan dan keceriaan kelas. Cikgu Sazali mengumumkan keputusan kebersihan dan keceriaan kelas.




Rajah 6 Wakil kelas bagi kebersihan dan keceriaan kelas


UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG (PUAN FAUZIAH BINTI SALEHODDIN)

Puan Fauziah mengucapkan syabas dan tahniah dengan kehadiran murid. Puan Fauziah juga mengingatkan murid supaya menjaga kelakuan dan mematuhi peraturan sekolah.



Rajah 7 Ucapan daripada Puan Fauziah


PENUTUP

Dengan berakhirnya ucapan daripada Penolong Kanan Petang, maka berakhirlah perhimpunan pada petang tersebut. Murid-murid diarahkan beratur dalam barisan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.


LAPORAN TAMAT

No comments:

Post a Comment