JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI

Minggu 31
( 21 Ogos 2017 - 25 Ogos 2017)

         Perhimpunan rasmi Isnin, 21 Ogos 2017 dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.

UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

Wakil guru bertugas, Cikgu Khairun Nisa Binti Abdul Halim mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah setiap hari serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Berikut merupakan guru yang bertugas:

1. PN. KHAIRUN NISA BINTI ABDUL HALIM
2. PN. MURNEI BINTI AHMAD
3. PN. NORHAFIZA BINTI ISMAIL
4. CIK FELICIA GATUN
5. PN. SUZIANTI BINTI SUHAIMI (CUTI BERSALIN)
6. EN. MOHAMAD RANI BIN ARBAIN

Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi masalah di sekolah.

Guru bertugas menyampaikan ucapan tentang  penggunaan buku teks SPBT iaitu;
1. Setiap buku teks hendaklah dijaga dengan baik sepanjang masa.
2. Murid hendaklah memastikan buku-buku teks mereka ditulis nama dan dan dibalut dengan kemas.
3. Setiap murid perlu membawa buku teks mengikut jadual.
4. Murid disarankan menggunakan penanda buku untuk mengelakkan buku teks rosak kerana buku tulis diletakkan dalam buku teks sebagai penanda buku.
5. Buku teks yang hilang atau rosak perlu diganti dengan segera.
6. Murid-murid diseru agar menyayangi buku teks SPBT yang diamanahkan kepada mereka.
7. Pemeriksaan buku teks SPBT akan diadakan pada bila-bila masa dalam minggu ini.

Untuk program 5 minit dadah, guru bertugas menyampaikan tajuk Alkohol. Guru menerangkan definisi, jenis, keburukan dan kesan daripada mengamalkan alkohol.

Seterusnya, Pn. Khairun Nisa menyampaikan beberapa makluman kepada murid-murid:
1. Perjumpaan Kokurikulum telah lengkap bagi tahun 2017. Oleh itu, tiada lagi perjumpaan kokurikulum bagi minggu ini dan minggu-minggu berikutnya.
2. Kelas Champion, Aspirasi dan kelas tambahan tahun 6 berjalan seperti biasa.

Ucapan guru bertugas.
Untuk agenda berikutnya, guru bertugas menjemput Penolong Kanan Kurikulum untuk menyampaikan token kebersihan kepada kelas yang paling bersih dan ceria.





Penyampaian token kebersihan bagi minggu ke-29 dan minggu ke-30
UCAPAN GURU DISIPLIN
Puan Nurhidayahni binti Jasni menyampaikan ingatan tentang sikap dan disiplin yang perlu diamalkan sepanjang masa sebagai seorang murid. Antaranya ialah;
1. Perkara-perkara dan barang-barang yang tidak boleh dibawa ke sekolah seperti pisau lipat, pensil mekanikal, gunting, permainan, novel dan komik.
2. Murid hanya dibenarkan membawa wang sebanyak RM5.00 sahaja ke sekolah. Seandainya murid membawa duit yang lebih untuk bayaran dan sebagainya, duit tersebut hendaklah diserahkan pada waktu pertama persekolahan atau disimpan oleh guru kelas sehingga sesi pembelajaran tamat. Ini untuk mengelakkan kecurian atau keciciran berlaku.
3. Pemeriksaan pakaian seragam dan kebersihan diri akan dijalankan selepas sesi perhimpunan tamat.
Pemeriksaan pakaian seragam sekolah dan kebersihan diri murid oleh pengawas sekolah.

UCAPAN PENOLONG KANAN KURIKULUM

Puan Norlela binti Hashim memberikan ucapan dan ingatan tentang beberapa perkara penting yang mesti dipatuhi oleh setiap murid. antaranya ialah;
1. Cuti Pertengahan Penggal Kedua akan bermula pada 26 Ogos 2017 dan berakhir pada 3 September 2017.
2. Murid akan memulakan persekolahan semula pada 4 September 2017 (Tiada cuti tambahan untuk Sambutan Raya Aidil Adha dan Hari Kebangsaan)
3. Murid hendaklah memastikan telah menerima Surat Edaran tentang jadual persekolahan sepanjang Peperiksaan UPSR berjalan selewat-lewatnya hari ini.
4. Setiap murid hendaklah sentiasa menghormati dan patuh pada peraturan sekolah.
5. Pada hari Selasa (22 Ogos 2017) akan diadakan MAJLIS PERASMIAN PENAIKTARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 oleh Bursa Malaysia. Oleh itu, murid diingatkan supaya sentiasa menjaga disiplin dan mengucapkan Salam jika bertemu dengan para pelawat tersebut.

Ucapan Penaolong Kanan Kurikulum

PENUTUP
Dengan berakhirnya ucapan daripada Puan Norlela (PK 1) itu, maka berakhirlah sesi perhimpunan pada pagi ini. Murid dibenarkan masuk ke kelas mengikut barisan dengan teratur.


"AKHLAK CEMERLANG
AKADEMIK TERBILANG"


LAPORAN TAMAT

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts