JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE 30 (SESI PETANG)

Minggu 30
( 21 Ogos 2017 - 25 Ogos 2017)

         Perhimpunan rasmi Isnin, 21 Ogos 2017 dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.

UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

Wakil guru bertugas, Cikgu Muhammad Salmizi bin Salim mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah setiap hari serta membaca senarai guru yang bertugas pada minggu tersebut. Berikut merupakan guru yang bertugas:

1. En. Muhammad Salmizi (Ketua)
2. Puan Nor ain
3. Puan Rahayu
4. Puan Narimah
5. En. Wan Adli

UCAPAN GURU DISIPLIN (EN KAMARULIZAM BIN NGAH)

Encik Kamarul memberi peringatan kepada murid tentang peraturan-peraturan sekolah. Beliau juga menekankan kepada semua murid untuk mempertingkatkan disiplin diri sendiri.

PENUTUP

Dengan berakhirnya ucapan daripada Guru Disiplin, maka berakhirlah perhimpunan pada petang tersebut. Murid-murid diarahkan beratur dalam barisan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.













"AKHLAK CEMERLANG
AKADEMIK TERBILANG"


LAPORAN TAMAT

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts