Majlis Penutup Transisi Tahun 1 2018

Pada 23 Januari 2018  ( Selasa ) yang lalu,  Majlis Penutup Transisi 2018  telah dijalankan. Majlis ini berlangsung dengan jayanya bermula pada pukul 4.10 petang di Dewan Terbuka walaupun cuaca pada waktu itu di dalam keadaan hujan renyai – renyai.

Majlis dimulakan dengan persembahan wakil Tahun 1 dengan iringan lagu “The Pinocchio”.



Seterusnya adalah acara senamrobik yang diketuai oleh Pn Normah binti Shafie dan Pn. Narimah binti Zamri. Acara itu turut disertai oleh kalangan guru dan murid- murid Tahun 1.



Acara yang seterusnya, adalah acara meniup belon oleh semua murid Tahun 1.Setiap murid diberi satu belon untuk ditiup sehingga pecah sebagai gimik perasmian.




Murid telah dinilai penglibatan mereka di dalam dan di luar kelas. Oleh itu, satu acara untuk Murid Transisi Terbaik 2018  telah diadakan. Majlis penyampaian hadiah itu disempurnakan oleh Pn. Fauziah Binti Salehoddin selaku PK Petang SKTPP2. Berikut ialah senarai nama murid terbaik transisi.

1 UM -  Noraimy Damia binti Zaimi

1 USM- Muhammad Zahin Amsyar bin Mahadi

1 UKM- Nur Afrina Humaira binti Mohd  Rizal

1 UTM - Nur Aqilah Batrisyia bt Mohd Isnawan

1 UPM - Dania Batrisyia Insyirah bt Mohd Roswadi

1 UUM - Muhammad Haziq Hazran bin Nazam Nazmi

1 UITM - Marissa Arianna binti Ahmad Farhan

1 UIAM - Muhammad Haffiz Hakim bin Ahmad Lotfi













Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari PK Petang, Pn. Fauziah Binti Salehoddin. Sebelum berakhirnya majlis, acara bergambar beramai – ramai mengikut kelas telah diadakan.






 
Majlis tamat pada pukul 6.10 petang. Selepas itu, murid bersurai dan masuk ke kelas masing – masing.


Share:

No comments:

PENDAFTARAN TAHUN 1

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG * PENTAKSIRAN SUMATIF 1 12-16 MAC 2018

Total Pageviews

PAUTAN GURU

 
  
  
 

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

Recent Posts