JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 5

Guru Bertugas:

1. Pn. Nur Hafizah
2. Pn. Zaripah
3. En. Suhaidi
4. Pn. Salina
5. Pn. Siti Mushrifah
6. Pn. Margaret
7. Pn. Nor Aisyah

Tema: “ Kemahiran Belajar ”

Perhimpunan pagi dimulakan pada pukul 7.30 pagi. Dimulai dengan nyanyian rangkaian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan Aku Negaraku serta diikuti dengan lafaz ikrar dan doa.

Ucapan Ketua Guru Bertugas : Pn. Nur Hafizah binti Othman
-Guru bertugas bercakap tentang tema iaitu Kemahiran Belajar. Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. kemahiran belajar  melibatkan beberapa kemahiran seperti 5M perkara iaitu 1.kemahiran mendengar  2. Kemahiran  membaca 3.kemahiran menulis 4. Kemahiran mengambil nota 5. Kemahiran mengingati.

-Seterusnya ucapan PK Pentadbiran : Pn. Zulastri binti Mohd Zahidi
PK Pentadbiran mengingatkan murid-murid sentiasa mematuhi peraturan sekolah supaya disiplin sekolah sentiasa dalam keadaan terkawal dan baik.

Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang
-Majlis dipengerusikan oleh Pn. Nur Hafizah binti Othman
guru bertugas  memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang  Program Pelancaran Guru Penyayang adalah Program Mentor- Mentee, penghargaan murid dan mengalu-alukan kehadiran murid.

-Seterusnya ucapan Guru Besar : En Zanuddin bin Sanuan  dan menyempurnakan Majlis Pelancaran Guru Penyayang bagi sesi tahun 2018.

-Antara aktiviti Majlis Pelancaran Guru Penyayang  bagi sesi pagi iaitu
Guru besar bersama semua Pk Pentadbiran menyemat button badge pada pasangan masing-masing.
Guru besar memotong reben banting dan menanda tangan untuk  majlis tersebut dan dijemput murid terlibat sempena pelancaran majlis menyambut ulang tahun kelahiran sepanjang minggu ini dan menerima cenderamata daripada guru besar.


Perhimpunan tamat pada pukul 8.20 pagi.



















Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts